Kebiasaannya, dalam setiap rumah pasti ada ubat-ubatan yang disimpan. Sememangnya bahaya sekiranya ubat-ubatan tidak disimpan di tempat yang selamat dan risiko anak-anak termakan kerana disangka gula-gula. Kerap berlaku keracunan dan tertelan ubat dalam kalangan kanak-kanak disebabkan kealpaan ibu bapa sendiri yang mengambil mudah tentang penyimpanan ubat-ubatan di rumah.
Cerita yang dikongsi oleh seorang Ahli Farmasi bernama Ammar Kamar ketika berjumpa dengan seorang pakcik di wad hospital ini perlu diambil berat oleh netizen.
Pakcik ini menyimpan ubatnya di dalam bekas gula-gula Tic Tac untk memudahkan dia membawa ke mana-mana.
Walaupun hal tersebut memudahkan dirinya tetapi amat bahaya jika ubat itu dijumpai oleh kanak-kanak dan memakannya kerana disangkakan gula-gula Tic Tac.
Ramai netizen yang berpendapat ia amat berbahaya jika dijumpai oleh kanak-kanak kerana ubat dalam bekas tersebut mirip gula-gula Tic Tac.
Sesiapa yang menjumpai pasti tidak teragak-agak mengatakan ia adalah gula-gula dan tidak semena-mena perlu dikejarkan ke hospital.
Ada juga netizen yang komen kisah sebaliknya. Seorang makcik yang ada diabetis memasukkan gula-gula ke dalam plastik ubat untuk mengelakkan ia diketahui oleh anak-anaknya.
Sehinggakan orang sekeliling pelik tengok makcik tu asyik makan ubat saja.
Hati-hatilah menyimpan ubat-ubatan kerana malang tidak berbau. Lagi-lagi ibu-ibu yang suka simpan ubat-ubatan dalam beg tangan dan si anak pula suka selongkar beg. - CARI