CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5498|Reply: 1

8 Model Motorsikal Paling Panas dan Kerap Dicuri di Malaysia

[Copy link]
Post time 29-1-2018 02:24 PM | Show all posts |Read mode




Setiap tahun, statistik kecurian motorsikal jauh meninggalkan jumlah kecurian kenderaan lain. Berita baiknya, semenjak tahun 2011 sehinggalah 2016, jumlah kecurian motorsikal menunjukkan penurunan yang mendadak berbanding kenderaan lain. Jika dibandingkan statistik pada tahun 2011 yang merekodkan lebih 21 ribu kes kecurian motorsikal, angka itu turun separuh kepada hanya 10,054 kes pada tahun 2016.
Persoalannya, apa model panas dalam kecurian motorsikal ini? Tidak ada banyak data yang mampu menjelaskan perkara ini kerana statistik kes kecurian motorsikal tidak selengkap statistik untuk kereta, namun kita bernasib baik kerana ada sedikit data dari PIAM berkenaan model-model motorsikal panas yang kerap dicuri.
Berikut adalah 8 motorsikal panas yang kerap dicuri dan dilaporkan pada sukur pertama tahun 2015 di negara kita. Harap ini boleh menjadi indikator kepada anda atas kekurangan maklumat yang ada tentang kecurian motorsikal.

1. Honda (Others)


Tidak ada maklumat jelas tentang model apa yang dimaksudkan dan sebanyak 745 unit telah dicuri dalam tempoh suku pertama tahun 2015. Banyak tu.


2. Honda C100


Siapa sangka model klasik ini yang lebih dikenali dengan nama EX5 menjadi perhatian pencuri dengan jumlah 615 kes kecurian dilaporkan berlaku. Susah hati juga jadi peminat motorsikal klasik ini yang terbukti mampu menarik perhatian pencuri.


3. Yamaha LC135


Pasti ramai dah agak model ini tentu masuk carta. Model paling popular dari Yamaha ini menduduki termpat ketiga dengan 320 kes kecurian berlaku.


4. Yamaha Royal Star


Motorsikal berkuasa 1300cc ini menduduki tempat keempat dalam carta. Sebanyak 316 unit telah dilaporkan kecurian dan ini agak mengejutkan kerana model ini agak rare untuk dilihat.


5. Yamaha (Others)


Kami tak ada maklumat tambahan tentang model apakah sebenarnya yang dimaksudkan, tetapi kami merasakan ini adalah model-model campuran motorsikal Yamaha SS Two dan sudah pastilah model paling lejen antara semua model Yamaha iaitu Yamaha RXZ. Sebanyak 137 kes dilaporkan dalam tempoh itu.


6. Yamaha Y125


Walaupun mempunyai kod nama yang sama dengan sebuah motorsikal konsep lain, Y125 sebenarnya merujuk kepada model popular Yamaha 125Z yang masih lagi kekal evergreen hingga ke hari ini. Sebanyak 128 kecurian berlaku dalam suku tahun tersebut.


7. Honda ANF100


Honda ANF100 adalah kod nama bagi Honda Wave. Sebanyak 94 kes kecurian telah berlaku melibatkan model tersebut.


8. Yamaha Lagenda


Tidak sah kalau tidak ada model ini kerana model ini cukup popular di kalangan anak muda. Sebanyak 91 kes kecurian telah berlaku melibatkan model ini yang cukup popular di kalangan pelajar universiti yang mahukan motorsikal 4 lejang yang boleh kata mampu memecut pantas.
Dua lagi tempat dipegang oleh motorsikal Modenas Kriss dengan 76 kes kecurian dan model klasik Kawasaki iaitu Vulcan 800cc dengan 71 kes. Jadi, apa kesimpulannya yang boleh kita dapat di sini hasil dari statistik-statistik yang dibentangkan?
Golongan pencuri masih lagi menumpukan perhatian kepada motorsikal jenama Honda dan Yamaha, sementara beberapa jenama lain seperti Suzuki dan SYM kurang ‘mendapat sambutan.’
Memang diakui, melihat video-video rakaman kecurian motosikal mampu membuatkan kita takut melihat bagaimana cepatnya pencuri bekerja, jadi ambillah langkah keselamatan yang anda rasa perlu bagi mencegah kehilangan motorsikal anda.

Rujukan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
125z adik aku kena curi dari dlm pagar umah..mcm mana dia angkat moto gate tggi gitu..ka bukak gate? Gate oto boleh bukak? Tahlaa..cita 10thn dulu..sakit hati masa tu x yah cakap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057762 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list