Menteri Belia dan Sukan Negara, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra lagi dengan panggilan KJ mencuri perhatian netizen baru-baru ini apabila mengenakan stoking berwarna merah serta tali kasut yang berwarna merah jambu terang semasa ditemubual bersama Awal Ashaari.
Foto: IG Awalashaari
Penampilan itu telah tular di laman sosial apabila ianya dimuat naik oleh Awal di akaun Instagramnnya.
Turut disertakan ialah beberapa gambar stoking dan tali kasut KJ. Nah, tengoklah.
Bahkan KJ juga turut memuat naik fotonya bersama Awal dengan kapsyen yang agak lucu dimana beliau meminta izin isteri Awal, Scha Al Yahya untuk menubuhkan band boy yang diberi nama Khawal.
Lihatlah betapa 'sportingnya' KJ.
Namun gurauan KJ dan Awal telah mendapat reaksi negatif dari para netizen, ada yang menyindir KJ dengan mengungkit kes kehilangan kontorversi kehilangan duit yang melibatkan KBS.
Malah ada juga yang berkata KJ mungkin akan menukar kerjaya menjadi artis sekiranya kalah dalam PRU akan datang.
Ni komen-komen mereka.
Rasanya tak perlu pun nak kecam-kecam kan? Chill lah sikit. Anda pula bagaimana? -CARI
|