Perayaan Tahun Baru Cina akan menjelang tak lama lagi. Kebiasaannya sebelum perayaan, McDonald’s akan mengeluarkan burger lazat mereka iaitu Burger Prosperity.
Gerenti Sedap: Resepi Prosperity Burger.
Burger daging yang dicurah dengan sos lada hitam dan bawang Holland sememangnya digemari ramai. Tapi apa kata kali ini anda buat sendiri burger prosperity anda.
Tentu lebih bersih, yakin dan sedap kalau anda buat sendiri! Jom kita cuba resIpi yang dikongsi Encik Amie Samuri. Gerenti sedap!
Resipi Roti Burger
400gm tepung roti / hp flour
100gm tepung gandum
50gm gula halus
7gm garam halus
7gm yis
1 biji telur
27gm lemak sayuran/shortening
5gm RFB atau 4gm bread softener atau apa2 pelembut roti
280 -290ml air sejuk
Foto: FB
Uli hingga elastik, bentukkan timbang 60gm dan perap hingga naik dua kali ganda. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 25 minit hingga masak.
Kalau anda malas nak buat roti, beli saja di kedai
Resipi Daging Burger
Daging kisar
Bawang Holland dadu halus
Sebiji telur
Bread crumb
Lada hitam
Garam
Sos Lea and Perrins
Campur semua dan panggang
Resipi sos lada hitam
2 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar Kicap kipas udang manis
Gula perang
Kiub ayam
Lada hitam tumbuk kasar
1 sudu besar mentega
Tepung jagung dan air untuk memekatkan sos
Pelengkap
Cendawan panggang
Hirisan bawang holland
Memang banyak bahan dan langkah resepi kali ini. Tapi hasilnya pasti memuaskan hati dan berbaloi-baloi! Selamat mencuba! -CARI |