View: 1967|Reply: 10
|
Siapa Tahu Pisang Mentah Lebih Berkhasiat Berbanding Pisang Masak? Baca Ini!
[Copy link]
|
|
Jarang antara kita suka makan pisang mentah, kan? Selalunya, jika dibuat pisang goreng tak pun pengat barulah berselera. Rasanya mungkin sedikit kelat dan pahit jika dimakan begitu sahaja. Tapi, selalunya yang pahit dan kelat itu menjadi ubat bak kata orang tua-tua, kan?
Foto: doktorsehat.com
Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya kandungan gizi dan nutrisi dalam pisang mentah adalah lebih tinggi berbanding pisang masak. Biar betul? Boleh jadi, macam makan ulam mentah-mentah lebih banyak khasiat daripada dimasak lemak.
Foto: freshplaza.com
Menurut Laman boldsky.com, makan pisang mentah dapat menstabilkan tekanan darah kerana di dalamnya mengandungi kalium yang tinggi. Kalium diperlukan tubuh untuk menstabilkan dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Foto: Medium
Kalau jenis susah nak membuang air besar, eloklah ambil pisang mentah untuk melancarkan proses pembuangan. Sebabnya, serat dalam pisang mentah boleh mencegah kembung perut dan sembelit.
Foto: babycenter
Perasan atau tidak, petua orang dulu-dulu, kalau cirit-birit mesti akan minum teh kelat tanpa gula. Rasanya yang kelat seakan pisang mentah memberi khasiat untuk merawat cirit-birit.
Kalau jenis yang badan sihat dan stabil, boleh juga makan pisang mentah untuk menstabilkan metabolisme badan. Hanya sekadar untuk menjaga kekebalan tubuh. Oh, macam vitamin tambahan lah, kan?
Ada yang nak makan pisang mentah lepas ini? Kalau kelat sangat, boleh pelbagaikan menu supaya rasanya sedap sikit. Semoga bermanfaat, ya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
suka jerkkk..
selain pisang, betik pun selalu makan..
dlm seminggu mesti mkn buah2 ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya pisang emas mentah msk lemak......... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu pisang mentah masak memang sedap rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
pisang lemak manis sedap.. kecil tak muak bila makan |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 3-2-2018 11:25 PM
pisang emas muda ke?
Haah..yg muda. Yg msh hijau tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo...nak cuba lah...
Selalu pisang emas, aku suka goreng....sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pisang mentah akak bg ahchong je ( monkey magic cari forum) |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya kerepek pisang yg mak aku buat... guna pisang nangka |
|
|
|
|
|
|
|
cekodok jela hujan hujan ni buat cemilan |
|
|
|
|
|
|
| |
|