View: 1235|Reply: 1
|
Thaipusam Berdarah, 4 Lelaki Ditahan
[Copy link]
|
|
Beberapa orang dilaporkan cedera dalam insiden letupan bunga api ketika perarakan sempena Thaipusam kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Sinar Online melaporkan, susulan kejadian, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 25 hingga 34 tahun bagi membantu siasatan.
Kesemua suspek ditahan berhampiran lokasi kejadian berhampiran Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, Pekan Lama Sungai Petani, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid.
Siasatan mendapati hanya empat letupan bunga api dipasang meletup di udara sementara selebihnya meletup di bawah hingga mencederakan puluhan pengunjung berhampiran termasuk kanak-kanak.
Foto: BH Online
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan/ Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
“14 lelaki dan 12 perempuan berusia lingkungan lima hingga 59 tahun dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Empat daripadanya ditahan wad manakala yang lain dibenarkan pulang selepas rawatan.
“Setakat ini, kita dapati tiada sebarang unsur sabotaj atau kianat. Ini adalah semata-mata untuk meraikan sambutan Thaipusam sementara menunggu ketibaan chariot,” katanya. - CARI
Foto: Sinar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiiii.. rupanya bunga api tu lemau...
Habisssss |
|
|
|
|
|
|
| |
|