"Betulkah kalau minum Milo atau kopi ketika hamil, kulit anak akan jadi hitam?"
Itulah antara soalan lazim diutarakan kaum ibu tak kiralah yang sedang hamil atau tidak.
Dengan teknologi hari ini, banyak grup dibangunkan di mana orang ramai boleh berkongsi pelbagai tip dan petua menarik untuk diikuti ramai.
Umum tahu setiap ibu pasti mahu yang terbaik buat anak mereka. Namun, kadang-kadang ada juga soalan yang pelik dan tak masuk dek akal ditanya.
Ekoran itu, seorang jururawat, Myzatu Hidayah Malek tampil menyuarakan pendapatnya berhubung perkara ini.
"ening aku dengan soalan tak masuk akal dalam grup ini (Kelab Ibu Mengandung)," tulisnya.
Soalan merapu, tapi boleh pecah perut!
Dalam pada itu, Myzatu menyelar segelintir wanita yang tidak mengambil tindakan sewajarnya seperti berjumpa doktor, sebaliknya 'berteka-teki' dahulu di laman sosial mengenai keadaan anak.
Mereka ini boleh dikatakan lebih memilih untuk berguru dengan media sosial berbanding bertanya kepada yang lebih arif.
Soalan masing-masing sengaja minta kena tazkirah
Foto: FB Myzatu Hidayah Malek
Ha, baik ibu-ibu sekalian jujur! Apa soalan paling 'kelakar' pernah anda tanya di laman sosial? - CARI |