View: 2216|Reply: 9
|
'Tak Makan' Pujukan, Wanita Saman Bapa Kerana Tak Restu Perkahwinan
[Copy link]
|
|
Setiap perhubungan terutama perkahwinan perlulah mendapatkan restu daripada ibu bapa terlebih dahulu. Namun, banyak saja 'drama' disajikan kepada kita mengenai hubungan terlarang (bukan gay, okey) yang tidak mendapat restu ibu bapa.
Tapi kali ini, seorang anak 'main kasar' pula apabila bapanya didakwa enggan membenarkannya berkahwin kerana perbalahan keluarga, lapor Khaleej Times.
Foto: take.az
Memetik Step Feed, wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu mendapatkan restu daripada bapa atau penjaga lelaki untuk berkahwin.
Lantaran itu, wanita berusia 25 tahun berkenaan berasa tertekan dan terdesak apabila bapanya tidak bersetuju dengan perkahwinannya.
Dalam tuntutannya, wanita terbabit mendakwa ibu bapanya berselisih faham dengan keluarga bakal mertuanya dan bapanya berkeras bahawa tunangnya itu bukan lelaki sesuai untuknya.
Apabila semua usahanya memujuk si bapa gagal, wanita berkenaan memfailkan tuntutan di Mahkamah Al Ain.
Foto: Pexels
Dalam aduannya, wanita itu memohon mahkamah 'memberinya' izin untuk berkahwin, atau dibenarkan mendapatkan persetujuan seorang saudara lelaki yang akan menggantikan bapanya sebagai penjaga dalam urusan rasmi.
Hakim bagaimanapun, masih menunggu keterangan daripada bapanya berhubung kes dan dijangka hadir di mahkamah dalam masa beberapa minggun ini.
Ada yang berpengalaman serupa di kalangan pembaca? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
usaha lagi pujuk hati dia...tak perlu sampai saman2...tampor karang |
|
|
|
|
|
|
|
Ah ye.. Degil nak jugak2 kawen. Pastu bila gaduh ke bercerai dgn laki baru terhegeh2 cari bapak semula |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang jadi sebab je anak2 dari dua keluarga yang bermusuhan nak kawin mungkin ada yang lebih berkuasa nak kedua2 keluarga tu berbaik2 semula |
|
|
|
|
|
|
|
tak dinyatakan sbab tk bagi
klu dia drug addict, edardadah ke apa, mmgla tk ptut |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkn yg restu pn, ada juge smpai gado bunuh2 bagai?. |
|
|
|
|
|
|
|
macam drama pukul 7 lerr |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku gini ler dulu. Nak kawen elok2, pak mertua tak restu. Dibawak lari anak dara ke siam, nikah sana. Berbelas- belas tahun tak restu. Kawan aku rellocate overseas bawak anak bini. Balik sini semula jaga pak mentua sakit. Jaga literally.. suap makan, tukar pampers, mandikan, urut, bila mengamuk dia pujuk, petang2 bawak jalan hinggalah ke nafas yang terakhir. Anak menantu kesayangan & terpilih semua buat dono. So, mungkin yang busuk tu lah yang paling2 akan sayang kita kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tampor je.....
Dulu ada kes mcm ni gak, saman bapak sbb tanak walikan, sampai mahkamah campurtangan,
Dah selesai kawin, tak lama pastu saman laki lak sbb laki kaki pukul....
Ni klu sempat beranak, habis anak dia pun dia saman....
|
|
|
|
|
|
|
|
siyan pulak org nak kawen dihalang halang
kalau jadi andartu tua tak kawen kang susah juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|