Edited by vous_me6 at 15-4-2018 04:54 PM
KEGAGAHAN FATTAH AMIN DALAM KL SPECIAL FORCE
By: Ifqdar Rahman, UTUSAN MALAYSIA.
12 Februari 2018 5:44 PM
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Bakal tampil dengan aksi pertamanya di layar perak menerusi filem KL Special Force, Fattah Amin, 28, dijangka mampu membuka mata banyak pihak yang sebelum ini memperlekeh keupayaan lakonannya.
Bergandingan dengan Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof, naskhah arahan Syafiq Yusof itu memperlihatkan sisi lain Fattah yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon watak romantik.
“Dalam filem ini, ada beberapa adegan saya lakukan sendiri aksi lasak dan ekstrem yang selalunya dilakonkan oleh pelakon lagak ngeri.
“Bahkan, saya pernah beberapa kali mengalami kecederaan demi menjayakan watak seorang anggota polis dalam membanteras jenayah.
“Akan tetapi, saya tidak lakukan kesemua babak lasak tersebut, hanya yang termampu sahaja untuk mencabar kredibiliti sebagai seorang pelakon,” katanya.
Fattah juga menafikan dia terdesak untuk membuktikan dirinya seorang pelakon versatil, cuma terbit rasa tanggungjawab untuk memberikan lakonan terbaik dari semasa ke semasa.
Menurut suami kepada Nur Fazura itu, dia banyak mendapat tunjuk ajar daripada Rosyam dan Syamsul untuk menghidupkan karakter seorang anggota keselamatan agar kelihatan tangkas.
“Saya harap, dengan kehadiran filem ini boleh membuka lembaran baharu terhadap karier lakonan saya yang dikatakan stereotaip.
“Ini adalah satu peralihan fasa yang diharapkan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.
KL Special Force bakal menjengah pawagam di seluruh tanah air bermula 8 Mac ini. - UTUSAN ONLINE
Fattah Amin and Nur Fazura Sharifuddin will hold a wedding reception on Feb 25.
News Strait Times
By SYAHIRAH MOKHTAZAR - February 9, 2018 @ 12:06pm
KUALA LUMPUR: Here comes the bride and groom! Three months after popular couple Fattah Amin and Nur Fazura Sharifuddin a.ka. Fattzura got engaged and tied the knot in two very private affairs, the newlyweds are set to hold their wedding reception on Feb 25.
The couple has chosen to celebrate their matrimony at a hotel here, according to the details written in the invitation card sent out to the media by Fattah’s representative.
Fattah, 27 and Fazura, 34 made headlines when they announced they became husband and wife on Nov 27 last year, just two weeks after their top secret engagement ceremony.
The lovebirds met on the set of the hit TV drama series Hero Seorang Cinderella last year, where they starred as an on-screen couple.
|