Menjaga kesihatan diri sendiri sangat penting. Pun begitu, tak semua orang dapat berbuat demikian dek kerana dikejar kesibukan dunia.
Kalau kita perasan, apa sahaja yang berlaku pada tubuh kita sebenarnya memberi petunjuk kepada tahap kesihatan. Dari warna tahi telinga hinggalah warna najis anda, semuanya menunjukkan apa yang sedang berlaku pada tubuh anda.
Nak tahu macam mana? Jom baca dan hadam info dibawah seperti dipetik dari portal Brightside ini!
WARNA
Warna normal najis anda adalah kecoklatan. Ia mungkin berbeza bergantung pada apa yang anda makan. Namun, perubahan tiba-tiba tanpa sebab jelas boleh menjadi tanda amaran.
1.
2.
3.
4.
5.
BENTUK
1.
Sembelit teruk kerana tubuh kekurangan fiber. Untuk merawat, cuba ambil lebih banyak produk berserat seperti pasta, raspberi dan kacang lentil.
2.
Sembelit, juga disebabkan kekurangan fiber. Ia juga boleh jadi disebabkan kurang aktiviti fizikal. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan senaman.
3.
Normal! Bagus, ini bermakna tubuh anda dalam keadaan sihat. Tapi, jangan lupa minum banyak air, okey!
4.
Bentuk paling sempurna! Teruskan pengambilan makanan seimbang dan elakkan situasi yang mendorong tekanan untuk sihat.
5.
Cirit-birit (diarea) ringan atau sindrom penyakit usus. Cuba lebihkan pengambilan makanan berserat rendah seperti pisang, biskut kering atau kentang. Jangan lupa minum banyak air untuk mengelak dehidrasi.
6.
Diarea teruk! Mungkin disebabkan keracunan makanan dan jangkitan bakteria atau pengambilan ubatan. Banyakkan minum air untuk mengelak dehidrasi dan belilah ubat di farmasi (chi kit teck aun) atau berjumpa doktor.
Lepas ni, lepas 'membuang hajat', jangan lupa tilik warna dan bentuk najis anda, ya. Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI |