CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 8

Rezeki pemberian tohan harus di kongsi: China: Sebuah syarikat pembuatan besi di

[Copy link]
Post time 6-2-2018 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-2-2018 03:38 PM

Majikan paling pemurah














Share

Nanchang, China: Sebuah syarikat pembuatan besi di timur China memberikan bonus berjumlah 160 juta yuan (RM99.19 juta) kepada pekerjanya yang diberi terus secara tunai.
Media tempatan melaporkan, syarikat Fangda Special Steel Technology yang berpangkalan di sini menyerahkan bonus itu kepada pekerjanya pada Khamis lalu.
Seramai 5,000 pekerja syarikat itu menerima bonus 32,000 yuan (RM19,840).

Sebelum ini, sebuah lagi anak syarikat itu turut menjadi tular di Internet selepas memberi bonus kepada pekerjanya secara tunai.

Bagaimanapun, pekerja di bahagian pengurusan dikecualikan daripada menerima bonus itu.
Bonus itu diberikan selepas pengeluaran dan keuntungan syarikat itu mencecah tahap tertinggi pada tahun lalu.
Syarikat itu memberikan bonus kepada pekerjanya berjumlah 600 juta yuan (RM372 juta) sejak 2011.

Firma itu turut memberikan wang tunai berjumlah 3,000 yuan (RM1,859) kepada pekerja yang bersara dan berusia lebih 60 tahun.
Harga besi melambung tinggi pada tahun lalu menyebabkan syarikat besi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan kapasiti pengeluaran ketika permintaan tinggi terhadap besi menyebabkan harga meningkat.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/310368/majikan-paling-pemurah


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2018 @ 5:32 AM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
best nya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 08:52 AM | Show all posts
apa gambaran daripada berita ni? implikasi harga saham2 syarikat besi di malaysia turut naik. jd cari syarikat besi beli saham

syarikat milik billionaire india lupa nama pun ada syarikat besi hutang 40 billion, tengah menguncup hingga hutang 8 billion baru bayar dividen kepada shareholder.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 10:09 AM | Show all posts
baguslah,....share untung ngan pekerja lagi lagi nak CNY.  Ada syarikat, bila bab rugi sibuk heboh bila untung dendiam je
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 11:24 AM | Show all posts

Durian Runtuh! 5,000 Pekerja Dapat Bonus RM19 Ribu Secara Tunai

Mengejutkan apabila sebuah syarikat di Cina memberikan bonus bernilai 160 juta yuan kepada pekerjanya.


Memetik Astro Awani, syarikat Fangda Special Steel Technology yang berpangkalan di timur China mungkin merupakan majikan paling pemurah apabila memberikan bonus berjumlah 160 juta yuan atau RM99.19 juta kepada pekerjanya secara tunai.


Pemberian bonus itu dilapor membabitkan seramai 5,000 pekerja dengan masing-masing menerima bonus 32,000 yuan (RM19,840) sementara pekerja yang bersara dan berusia lebih 60 tahun menerima wang tunai 3,000 yuan (RM1,859).


Firma pembuatan besi itu bukan pertama kali membuat kejutan dengan memberikan bonus tinggi kepada pekerjanya.


Foto Carian internet


Sebelum ini, sebuah lagi anak syarikat itu turut tular di internet selepas memberi bonus kepada pekerjanya secara tunai.


Bonus diberikan selepas pengeluaran dan keuntungan syarikat itu mencecah tahap tertinggi, tahun lalu.- CARI
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya. Murah rezeki majikan mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah bersemangat mereka bekerja dengan syarikat ni. Mereka akan terus setia dan will go through thick and thin dengan majikan yang tahu menghargai pekerjanya. A good environment within the workplace will ensure good productivity.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya la haiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2018 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya la haiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054262 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list