CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1982|Reply: 7

Auch, 'Tak Boleh Berhenti' Minum Air Berkarbonat Buat Lelaki Ini Hilang Gigi!

[Copy link]
Post time 6-2-2018 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Sering kali kita dengar tentang keburukan minuman berkarbonat. Tetapi, ramai tidak mengendahkannya dan memandang enteng isu itu hingga sukar meninggalkan tabiat tersebut. Haish! Susah betul ni. Jom lihat artikel yang dipetik dari Astro AWANI ini.




Foto: Extra.ie





Foto: Salud360.cienradios.com





Apa yang boleh berlaku jika ketagih minuman berkarbonat?


Kesan dari ketagihnya, Michael Sheridan, 32, kehilangan sebanyak 27 batang giginya kerana rosak. Difahamkan, dia minum sekurang-kurangnya enam liter air berkarbonat setiap hari. Banyak tu! Mengalahkan air putih pula, macam mana tak rosak giginya.




Foto: Minutouno.com




Akibat kehilangan gigi, dia terpaksa memakan makanan lembut sahaja selama lebih sepuluh tahun bagi menahan kesakitan yang dideritanya. Hilang satu kenikmatan untuk dia makan makanan lain yang enak dan lazat. Pun begitu, dia tetap mengerang kesakitan walaupun sekadar memakan roti.


Michael tahu, jika berjumpa doktor dia pasti akan disarankan agar berhenti daripada meminum minuman tersebut. Malangnya, dia tidak boleh berhenti!


Nasib menyebelahinya apabila dia mempunyai seorang rakan yang juga seorang doktor gigi dan mahu menanggung pembiayaan perubatan bagi menggantikan gigi rosak dengan gigi palsu yang tinggi kosnya.



Foto: Infobae.com




Pada November tahun lalu, Michael menjalani rawatan giginya dan kini dia memiliki sebaris gigi yang cantik berkilau!


Buat peminat tegar air berkarbonat di luar sana, kurangkanlah pengambilan air bergas tersebut dan pantaulah anak-anak anda kerana banyak keburukan dari kelebihan meminum air berkarbonat ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 12:22 PM | Show all posts
Satu tin pun dah terlalu tinggi kandungan gulanya ni kan dia minum berliter2 setiap hari mana tak rongak.  Ni dah dapat gigi baru elok ler berhentikan tabiat lamanya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigi rompong skali pakej ngan kencing manis pun bole dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 03:09 PM | Show all posts
Tempat aku pun ada orang macam ni. Habis gigi buruk. X tahu lah kalau ada gadis yang masih sudi menjadi temannya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 03:28 PM | Show all posts
buah pinggang kau pun boleh terkeluar kalau mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 03:35 PM | Show all posts
menyusahkan org pula nk sponsor itu ini pdhal ade yg btl2 lbh memerlukan.. mcm dia ni kes cari penyakit sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2018 04:24 PM | Show all posts
fuh..itu yg boleh nmpk..yg x boleh nmpk kt dlm badan tu jadi ape dah agaknya.. jadi,nak minum lg ke air tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram tengok gigi die..aku pernah mimpi gusi rosak dan hilang,,sakit sangat tak boleh nk makan {:yameteh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.094792 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list