View: 3232|Reply: 11
|
10 Tips Memandu Di New Zealand – Barulah Syok Tengok Pemandangan!
[Copy link]
|
|
Katanya, antara negara tercantik di dunia - New Zealand menjadi dambaan ramai kaki jalan yang sekurang-kurangnya mahu sampai ke sana walau sekali seumur hidup.
Jadi, nak meneroka tempat Hobbit serta pemandangan indah, anda haruslah memandu, barulah boleh menikmati percutian sepuas-puasnya. Nak memandu di tempat orang pula, haruslah tahu ‘adab’nya. Di sini ada 10 tip memandu di New Zealand yang harus anda ikuti.
1. Plan itinerary
Sebelum merancang untuk memandu di New Zealand, anda perlu sediakan ‘checklist’ dulu jadual dan juga laluan pemanduan. Dari situ, baru anda tahu berapa hari nak sewa kereta, berapa jauh perjalanan dan berapa hari nak naik kenderaan awam.
2. Sewa kereta dari syarikat yang dipercayai
Bila dah ada ‘itinerary’, tibalah masa untuk mencari syarikat kereta sewa yang boleh dipercayai. Antara syarikat yang popular ialah :
Budget, Hertz, Omega Rental Car, Go Rental, Maui, Jucy
3. Ambil insuran pelindungan penuh
Malang tidak berbau. Jadi, sebelum jadi apa-apa yang tak diingini, ada baiknya anda ambil insuran perlindungan penuh yang melindungi semua benda tentang kereta tersebut. Penting ya!
4. GPS
Penggunaan GPS memang penting untuk membawa kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Selalunya anda boleh sewa juga GPS sekali dengan kereta. Atau pun untuk yang mempunyai roaming data Internet anda pakai saja Google Maps. Sewa GPS bermula pada harga $5 sehari.
5. Lesen memandu
Terima kasih Malaysia di atas format baru lesen memandu yang diterima di New Zealand. Ini adalah kerana dwi-bahasa yang terdapat pada lesen memandu terbaharu kita diterima di sana. Mudah kan? Untuk yang belum perbaharui kepada lesen baharu, anda boleh lakukan sedemikian di mana-mana cawangan JPJ di seluruh Malaysia.
6. Jalan sama macam Malaysia
Buat rakyat Malaysia, ini satu lagi kelebihan untuk kita yang ingin memandu di New Zealand. Jalanraya di sana sama je coraknya seperti jalan di Malaysia. Jarang ada lubang-lubang mengejut yang berbahaya. Pemanduan mereka juga sama macam kita iaitu di sebelah kanan. Itu yang best!
7. Memandu ikut had laju
Bila dah dapat kereta tu, selalunya anda akan diberikan minyak yang penuh. Macamana anda dapat begitu, jadi pulangkan pun kena macam tu juga. Keadaan kereta selalunya memang elok. Disarankan supaya anda memandu ikut had laju yang ditetapkan. Kamera ada di mana-mana. Jadi, ingat, sepanjang di sana, jaga had laju ya.
8. Maklumat parkir terperinci
Kalau di New Zealand, kebanyakkan tempat kecuali di bandar, memang parkirnya PERCUMA. Contoh kalau di Dunedin, anda boleh cari kotak parkir dan bayar sahaja di parking coin acceptor, ambil resit dan letakkan di dashboard kereta.
9. Haiwan berkeliaran
Kebanyakkan tempat yang memerlukan anda memandu sendiri lazimnya terletak di luar bandar. Di New Zealand pula, ianya lebih kepada biri-biri, arnab, possum, kucing ataupun landak. Jadi, perlu lebih berhati-hati sekiranya memandu di kawasan-kawasan begini. Takut-takut ada yang melintas, terkejut.
10. Memandu secara berhemah
Apa-apa pun, anda yang merancang untuk memandu di Australia ataupun di New Zealand harus berhati-hati, patuhi setiap undang-undang jalanraya dan berhenti jika mengantuk. Beri laluan dengan aktifkan signal anda (ke sebelah kiri) jika memandu secara perlahan. Tak perlu laju-laju, tak lari destinasi dikejar, yang penting utamakan keselamatan. Selamat memandu! - CARI
Kredit : Travelkemana
|
|
|
|
|
|
|
|
Wishlist yg dah lama dalam bucket. Harap adalah sampai peluang jadi kenyataan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rules yang sama bila rasa nak memandu diluar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak ke New Zealand lg Art bulan 4 ni. Kali ke 3 punya trip. Mmg berhantu NZ ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kesana 3rd Qtr last year tahun ni berkelana ke lain pulak dulu. Beku balik layan snowboard bulan 12 aritu pun baru rasa nak mencair ni meklum ler KL mendung je manjang tak berapa nak panas. Tak sabau nak berhot pants balik kekdahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko bukan dok KL ke Art?? Aku dpt panggilan haji tahun ni. So lepas NZ trip, dok diam2 kat rumah. Nak kena insaf sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dok KL tapi kadang tak da sebab terpaksa gi merata untuk menguruskan urusan duniawi. Ok ler tu dah dapat jemputan akhirnya, memang nak kena bawak berinsuf ler nampaknya semoga semua urusan berjalan lancar.
|
|
|
|
|
|
|
|
tingin nak gi NZ, nak plan pegi dec tahun ni, kalau dlm 2 minggu , korang suggest gi North or South dulu? then, cuaca dia summer kan time dec tu? panas lit lit ker? |
|
|
|
|
|
|
|
I dah pernah pergi 4 tahun lepas. Memang best gila. I pergi 2 weeks dari selatan ke utara then ke selatan balik memang tak cukup hari. Haihh rindu NZ! |
|
|
|
|
|
|
|
pokokbunga replied at 7-2-2018 02:40 PM
tingin nak gi NZ, nak plan pegi dec tahun ni, kalau dlm 2 minggu , korang suggest gi North or South ...
Kalau 2 minggu boleh cover dari North ke South. Kalau ada masa seminggu je, pegi South je dulu.December tengah summer, boleh jadi panas melampau. Tapi tak seteruk summer kat Australia. Yang best nye kalau summer siang panjang, malam singkat.So lambat gelap senang la nak drive long trip |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada 2 minggu tu better la cover south.. tp based on experience south sgt berbeza dgn north..so kalau ada rezeki lebih dtg cover north then baru south sbb kalau dah tgk south, north ni xde la cantik sgt..summer taun ni panas litlit. stok kipas abis..nasib kami jarang dduk rumah kalau x berkepam panas..keluar pulak sunburn
|
|
|
|
|
|
|
|
ohh dec panas ehhh....hmmmm kena pikir balik lar camnih...hihihi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|