CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1274|Reply: 12

Menyamar Jadi Polis Untuk Menipu Di Laman Sosial

[Copy link]
Post time 7-2-2018 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Demi menipu dalam perniagaan di laman sosial, seorang pengguna Facebook sanggup menyamar sebagai seorang polis.


Itu taktik digunakan satu akaun Facebook yang dikesan menggunakan gambar Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif sebagai gambar profil untuk menyamar bagi melakukan penipuan.


Memetik laporan Harian Metro, akaun Facebook yang menggunakan nama Syafiq Syafiq terbabit dikesan aktif memuat naik status bagi menjual kereta dan motosikal sejak awal bulan lalu.


Pun begitu, kegiatan itu dikesan selepas terdapat pegawai polis yang mengenali gambar individu yang digunakan suspek sebelum membuat laporan polis.

“Kenderaan ditawarkan suspek juga murah berbanding harga pasaran dipercayai bagi menarik minat orang ramai.

“Suspek juga didapati menggunakan akaun bank tempatan milik seorang wanita bagi setiap urusan jual beli kereta dan motosikal terbabit.

Foto Harian Metro



“Bagaimanapun, suspek terbabit didapati menutup akaun Facebook berkenaan selepas kegiatannya disedari ahli satu kumpulan jual beli motosikal dan mereka mendedahkan kegiatan penyamaran dilakukan suspek yang melakukan penipuan,” katanya.


Mohamad Roy ketika dihubungi turut mengesahkan akaun Facebook digunakan suspek adalah palsu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 11:00 AM | Show all posts
org skg guna mcm2 cara menipu org
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:09 AM | Show all posts
ada no act bank, guna gmba polis
ketua polis daerah lagi.

mampusla, kene pintu jap lagi

lain kali nk menipu guna bitcoin ler..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:21 AM | Show all posts
nak menipu tapi bodoh..dlm gambar tu pangkat kat bahu (pegawai)
kat profile status kopral...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:33 AM | Show all posts
Ramainya yang kurang berpengetahuan sebab tu mudah tertipu dengan orang sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:47 AM | Show all posts
memacam teknik orang skang nak menipu...hadoi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2018 03:04 PM | Show all posts
biasa kes guna akaun bank ni minah2  dadah. mereka dpt barang mereka bg informasi mereka pada scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa...aku kenal tuan roy nih..baik la..tak.sombong. nak menipu pun tak berapa nak cerdik {:dot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko guna gamba ketua polis tapi ko letak pangkat ko kopral. Licik tapi ngok.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh benak namampus ajet2 hebat la konon nyamar polis tapi paku bersusun kat bahu tu pun tak tahu signifikannya hapa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 04:25 PM | Show all posts
MO geng2 scammer ni sekarang ni ;
pinjam @ beli kad bank yg masih aktif dari sesiapa
bayar rm500 - rm1000
then start la scam
end up tuan akaun yg akan kena tangkap
bodoh
demi rm500
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kena lah manusia skrg {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu kita jgn mudah percaya dan jgn mudah terpedaya dgn org..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.128139 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list