|
Mengapa bukan untuk orang yang gayat? Ini adalah kerana Peruvian Lodge terletak 1200 kaki di udara dan di cerun-cerun bukit.
Ia juga merupakan penginapan ‘tergantung’ pertama di dunia. Berbentuk kapsul, Peruvian Lodge mempunyai pemandangan yang cukup mahal iaitu The Sacred Valley di Cuzco, Peru.
Foto: designboom.com
Selain bukan untuk orang yang gayat, ia juga tidak sesuai bagi mereka yang berlagak diva, manja atau tak suka keluarkan peluh.
Sebaliknya, lokasi ini cukup sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak terutamanya aktiviti mendaki gunung.
Foto: designboom.com
Sebabnya, tiada cara lain untuk sampai ke sini kecuali dengan mendaki! Laluan mendaki yang selamat disediakan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian.
Jadi anda tak perlu khuatir jika tidak pernah atau jarang mendaki. Manakala untuk turun dan kembali ke bandar pula, pilihan meluncur melalu zipline disediakan.
Bayangkan anda meluncur di udara bagaikan burung helang yang terbang bebas. Tentu seronok!
Pelbagai makanan tradisional dan tempatan Peru yang lazat disediakan buat tetamu yang datang menginap. Kesimpulannya, anda bakal berpuas hati dengan kesemua layanan dan hospitaliti yang bakal menanti anda di sini!
Jika anda berpeluang menjejakkan kaki di negara Amerika Selatan ini, mungkin untuk melihat Machu Picchu ataupun alpaca, jika ada bajet lebih, menginaplah di Peruvian Lodge! Suatu pengalaman sekali dalam seumur hidup!
Foto:designboom.com
Peruuuuu! Tunggu aku datang! -CARI |
|