CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7106|Reply: 58

Dikecam Isu Isteri Kedua Sebagai Muka Depan, “Saya Sudah Lali” Kata Adira

[Copy link]
Post time 7-2-2018 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Penyanyi popular tanah air, Adira 27 sering mendengar cemuhan orang terhadap dirinya setelah umum tahu dirinya adalah isteri kedua.


Terbaru, dia sekali lagi dihentam hebat setelah muncul sebagai muka depan untuk sebuah majalah  tempatan. Seorang lagi isteri kedua yang berganding bersama Adira, pelakon Izreen Azminda turut mendapat kritikan hebat.




Bagaimanapun kata Adira, 27, dia sudah lali dengan cemuhan tersebut dan dia bertindak berdiam diri supaya kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya berlalu begitu sahaja.


"Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan layan kerana lama-lama mereka akan diam sendiri.

"Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun," katanya dipetik daripada mStar Online.




Adira dan Izreen menjadi sasaran apabila tajuk muka hadapan majalah itu 'Naluri Isteri Nombor 2' mencetuskan kemarahan ramai wanita kerana ia seolah-olah mengangkat status isteri kedua.


Ramai mengecam dan mahu bertindak memboikot majalah tersebut.






Sementara itu, Adira berpendapat tajuk tersebut digunakan hanyalah sebagai satu teknik pemasaran untuk melariskan jualan.

"Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada masalah dengan pemilihan tajuk tersebut.

"Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat," ujarnya.




Adira juga memberitahu dia yakin Izreen seorang yang tabah dan kuat dalam mengharungi kecaman netizen terhadapnya.

"Saya pernah lalui perkara sama sebelum ini dan rasa kasihan juga dengan Izreen kerana teruk dihentam netizen. Tetapi saya tahu Izreen seorang wanita yang kuat dan tabah," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 11:45 AM | Show all posts
Jadi no 2 kalo sedar diri x per....

Ada tu lebih senduk dr kuah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangga la tu jd bini no 2, lebih2 lg yg sorg tu.. xsedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Adira ni ok la jgk sbb tokred tu dato. Mampu la gamaknya. Tp yg sorang tu ahli muzik. Aduuuddduuh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:50 AM | Show all posts
Jering tu dari nombor 2 nak jadi nombor 1 dan the only one, apacer?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Iras muka chef adu plak laki si laki adira ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tak malu ke jering oiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ape tuh sj nk tunjuk kt donia die la maling terhebat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 12:15 PM | Show all posts
si adira ni pun redha je berlaki kan dato bured
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:17 PM | Show all posts
Edited by haliamerah at 7-2-2018 12:23 PM

xksh kalau nak letak tajuk isteri kedua ke tiga ke empat ke..tp model yg buat org cemuh...klau ko letak zarina zainordin ke...org pun xcemuh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:18 PM | Show all posts
Edited by haliamerah at 7-2-2018 12:24 PM

so..urtv xnak tny pulak ke naluri isteri pertama?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Adira x seoverrrr jering.. dia relaks2 je.. bini bured yg first je asyik merli si adira, adira bagus diam xberkutik
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn Adira ni i ok lagi la sebab dia sejenis sedar diri & tak 'menyalak' mcm izreen tu. Yang izreen tu dah tak tau nak kata apa dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
"yg penting i bahagia...."-kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Majalah urtv tp cover sekali pandang mcm majalah wanita pun ade
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 12:35 PM | Show all posts
tak kisah isteri no berapa pun..
janji ko reti bawa diri dan hormat sesama isteri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 12:35 PM | Show all posts
kalo no 2 dok dendiam takdelah org marah sgt pon... ni tak nak mendongak je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 01:14 PM | Show all posts
naluri isteri ke2 x salah
mengangkat isteri ke2 pon x salah

cara nya bagaimana tu yg selalu masyarakat tafsir
pembawakan sbg isteri ke2 juga

tp tu la kata org tua "tak orang, tak kita" kan....
hanya yg mengalami yg tahu
kita org luar sekadar pemerhati jer
xyah over sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
xde sape kesah la adira..yg org kesah yg hat no 2 sorg lg tu..berkokok tak benti sambil caras jd hak milik seorg wpn kongsi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 01:31 PM | Show all posts
adira ni ok la jugak kot, tak ada nak pung pang sgt + mcm sedar diri lagi.
ni hat sekoq lagi tu, puiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.405949 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list