Kini ramai artis dan juga penghibur tanah air yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Terkini, penggubah lagu terkenal Ajai telah membuka restoran asam pedas di Taman OUG Parklane, Kuala Lumpur.
Sumber: (themalaymailonline.com)
Dengan nama restoran Asam Pedas Hirup, sudah pasti para penggemar asam pedas teruja untuk mencuba pelbagai jenis ikan dan ayam yang dimasak asam pedas dengan resepi istimewa dari Muar ini.
Sumber: (themalaymailonline.com)
Memetik Mail Online, Ajai berkata, menu asam pedas istimewa yang ada direstorannya merupakan resepi tradisi yang telah beliau sendiri warisi dari ibunya dan juga arwah kakaknya.
Yang paling menarik di restoran ini ialah Ajai sendiri yang akan memasak untuk pelanggan yang datang. Bagi sesiapa yang nak merasa air tangan artis boleh la singgah di restoran ini ya.
Sumber: (themalaymailonline.com)
Antara menu asam pedas yang terdapat di restran ini dan menjadi 'killer' ialah asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan merah dan asam pedas ayam. Dan selain asam pedas, ada satu menu tambahan iaitu nasi ayam raja.
Sumber: (themalaymailonline.com)
Bercerita tentang penyediaan bahan-bahan untuk operasi restorannya, Ajai menjelaskan bahawa semua bahan mentah termasuk ayam dan ikan dibelinya sendiri setiap hari isnin di Pasar Borong Selayang bagi memastikan kualiti terjamin serta memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Kebanyakan pelanggan sangat berpuas hati dengan makanan yang ada di restorannya. Untuk pengatahuan anda, hidangan yang dijual di restoran ini adalah dihidang secara set.
Sumber: (themalaymailonline.com)
Harga set A iaitu nasi dengan ikan merah, telur dan sayur berharga RM20. Manakala set B pula nasi, ikan pari, telur serta sayur bernilai RM15.
Untuk set C: nasi putih, ikan kembung, telur dan sayur RM12. Bagi set D, nasi putih, ayam, telur dengan sayur, juga RM12.
Harga bagi hidangan bukan set: asam pedas ikan merah RM30 (kepala), ikan merah (sepotong) RM15, ikan pari RM10 dan ayam RM7.
Juadah lain di restoran ini termasuklah nasi ayam raja, sup ikan merah, nasi goreng mualaf dan roti Benggali.
Roti Benggali dengan asam pedas ikan merah berharga RM17, dengan asam pedas pari (RM12) dan dengan asam pedas ayam (RM8).
Sumber: (themalaymailonline.com)
Bagi anda yang hendak ke mari, restoran ini terletak berdekatan dengan restoran nasi kandar D'Tanjong dan juga berdekatan dengan Pangsapuri Parklane. - CARI
|