View: 2156|Reply: 1
|
Lagi Banyak Kesan Buruk Daripada Yang Elok, Rawatan Pemutihan Zakar
[Copy link]
|
|
Mungkin jarang kita dengar tentang pemutihan zakar. Tapi tahukah anda kini trend pemutihan zakar menjadi semakin popular seperti yang menjadi viral baru-baru ini. Khasnya di negara luar.
Sebagai contoh, di Thailand bulan ini sahaja bilangan lelaki yang melakukan prosedur pemutihan zakar mencecah seramai 100 orang.
Menurut statistik global yang dihasilkan oleh Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS), Thailand menduduki tempat ke-21 dari segi bilangan prosedur kosmetik yang dilakukan pada tahun 2016.
Data juga menunjukkan peningkatan besar dalam prosedur kecantikan alat kelamin di peringkat global.
Kesan bahaya lebih banyak!
Kegilaan memutihkan zakar ternyata mempunyai kesan sampingan yang amat buruk.
Menurut pakar pembedahan plastik di Perancis, iaitu Massimiliano Brambila, trend terbaharu ini sebenarnya amat berisiko kerana kadar asid dan kimia yang digunakan semasa prosedur pemutihan dilakukan adalah sangat berbahaya.
Kegilaan ini akan meniggalkan kesan lecur dan terbakar kepada zakar, parut, kulit kasar dan bertentangan dengan lumrah sebenar kerana risiko tindak balas kulit. Menakutkan bukan?
Tambahan pula, kajian menunjukkan pembedahan plastik hanya berjaya dilakukan pada bahagian badan lain seperti muka ataupun badan dan bukan di bahagian kelamin.
Nah, sekarang pastinya berita pemutihan zakar ini membuatkan ramai kecut perut kan? - CARI
Foto Carian internet
|
|
|
|
|
|
|
|
benda terkpit antara celah tu ko nak putihkan watper dik, bukan ko nak tayang tanpa berseluar pon |
|
|
|
|
|
|
| |
|