View: 3365|Reply: 3
|
Quesadilla Ayam Berkeju, Mantap! Sesuai Disediakan Untuk Parti, Macam Berada Di
[Copy link]
|
|
Ada rancangan nak jemput kawan-kawan bertandang ke rumah? Tapi tak ada idea nak masak apa?
Apa kata anda cuba masakan inspirasi dari Mexico pula kali ini? Resipi Quesadilla Ayam Berkeju ini sesuai untuk 10 orang makan.
Lepas tu bolehlah tambah makanan sampingan lain seperti salad, kentang lenyek atau goreng dan pencuci mulut. Sungguh mudah, tak perlu pening kepala!
Foto: Twistedfood
Bahan-Bahan
•10 keping roti tortilla
•4 keping dada ayam (dicincang)
•1 cawan sos cili
•½ cawan krim keju
•1 1/2 cawan keju mozarela (diparut)
•3/4 daun bawang (dipotong halus)
•1 sudu kecil garam
•1 sudu kecil lada hitam
Cara-Cara
1.Panaskan ketuhar dengan suhu 180°C
2.Berus dulang pembakar dengan mentega. Potong separuh 3 keping tortilla dan letakkan di peghujung dulang (rujuk video), kemudian tutup baki ruang dengan menggunakan sekeping penuh tortilla.
3.Campur ayam cincang dengan sos cili, krim keju, mozarela, daun bawang, lada hitam dan garam dalam sebuah mangkuk besar.
4.Ratakan campuran di atas tortilla yang diletakkan dalam dulang pembakar tadi. Kemudian tutup dengan baki tortilla dan sapukan mentega di atasnya.
5. Tutup dengan kertas pembakar dan bakar selama 10 hinga 15 minit. Kemudian terbalikkan dulang keluarkan kertas dan bakar lagi (bahagian bawah) selama 5 minit sehingga rangup.
6. Sedia untuk dinikmati bersama rakan-rakan tersayang!
Foto: Twistedfood |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|