View: 4571|Reply: 8
|
Menggiurkan, Bukan Roti Canai Biasa. Kuah Blackpepper Jadi Igauan Di Langkawi
[Copy link]
|
|
Roti canai tak dinafikan antara menu paling popular di Malaysia. Jika dulu, roti canai hanya boleh di nikmati pada waktu pagi sahaj. Tetapi kini tidak lagi. Tak kira pagi, petang, siang atau malam kita boleh menikmati sekeping roti canai. Di mana lagi kalau bukan di kedai mamak kan?
Secara lazimnya, roti canai dimakan bersama-sama dengan kuah dal, kari dan sambal. Tetapi, apa agaknya rasa roti canai yang dimakan bersama-sama dengan kuah lada hitam?
Foto: Facebook
Tahukah anda, di Langkawi terdapat sebuah kedai yang menjual roti canai yang dimakan bersama kuah lada hitam. Mungkin penduduk Kampung Temoyong di Langkawi sudah tidak asing lagi dengan Restoran Che Nah Roti Canai Black Pepper milik Rasenah Ibrahim, 50 yang menjual roti canai luar biasa ini.
Memetik dari Malay Mail Online, restoran ini telah dibuka sejak tahun 2010 lagi. Dan idea untuk membuka warung dengan konsep sebegini tercetus apabila Che Nah berbincang dengan kawan-kawan dan mahu mencuba resepi baru bagi menarik pelanggan.
Roti canai black pepper ini adalah roti canai biasa yang dilipat dua tetapi di dalamnya dimasukkan bawang, salad dan sos cili. Manakala di bahagian luarnya pula diletakkan mayonis dan kuah lada hitam banjir.
Foto: Facebook
Harga bagi roti canai lada hitam biasa RM4, ayam RM6, daging RM6, ayam daging RM7 dan ayam kambing RM8.
Kedainya dibuka 7 pagi hingga 12 tengah hari setiap hari di Jalan Kedawang, Kampung Lubok Buaya, pasar mini Temoyong dan Submarine Beach Cafe.
Foto FB Jelajah Maya
Foto FB Makan Media
Agaknya, macam mana la rasanya roti canai black pepper ni kan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by vanillaninja at 9-2-2018 03:43 AM
I tak rasa teringin nak try. Maybe orang lain minat kot. |
|
|
|
|
|
|
|
serius sedap giler weh ! highly recommended. 1st aku pn cm ape ni? sedap ke? peliknyaa. skli dah telan serius kne ngn ank tekak. now mmg plan ke langkawi semata2 nk mkn ni. rasenya da lame kot viral. mase LIMA setahun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sedap pon. recommended! Even roti kosong rm1 pun sedap. Next time datang langkawi nak singgah sini makan banyak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh
Kalau dh.ramai.kata sedap
Musti kena cuba ni
Uummmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing: serius sedap giler weh ! highly recommended. 1st aku pn cm ape ni? sedap ke? peliknyaa. skli dah telan serius kne ngn ank tekak. now mmg plan ke langk ...
ruginya xcuba.. bru jer 2bln lps blik de lgkawi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain kdai ceknah ni ada 1 kedai lain kat area kuah kot..jual gini gak..
Rasa dia ok, sedap. Iols masa makan ni terbayang hot & roll paratha tu.. kalau penah makan bole relate la..cuma sos dia lain sikit ala2 set sos utk burger. |
|
|
|
|
|
|
| |
|