CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8132|Reply: 42

Ibu queen control

[Copy link]
Post time 11-2-2018 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum & salam sejahtera.  Saya sudah berkahwin. Saya anak sulung. Saya berterima kasih sangat pada ibu bapa saya yg membesarkan saya selama ini. Kalau boleh diberi saya sanggup beri bulan bintang pada mereka. Saya sanggup ikat perut asalkan dapat gembirakan mereka. Saya sanggup tunaikan apa yang mereka hajati walaupun saya terpaksa berhutang. Saya punya suami yang memahami. Walaupun saya banyak lebihkan ibu  bapa.  

Setahun lepas suami saya diberhentikan kerja dari syarikat. Sejak itu hidup kami ada pasang surut.  Saya menolong suami saya mana yg terkurang .Bapa saya boleh menerima. Tp bukan ibu saya.  Ibu saya xboleh menerimanya.  Dia setiap hari merendah rendah kan suami saya. Dia cuba menanam perasaan  benci kepada suami saya. Saya macam kena mental torture dgn ibu. Ibu saya xbenarkan saya pergi ke rumah mertua saya walaupun kecemasan. Ibu saya  memaki hamun saya dan memanggil saya bukan anaknya lagi jika saya xmengikut kehendaknya.

Saya cuba puaskan hati mak saya. Tp saya ada mak mertua yang perlu saya jaga. Akibat mental tortur setiap hari saya ada  perasaan benci kepada suami . Saya dipenuhi sifat marah kepada suami Saya pernah bergaduh dengan suami . Sehingga mak mertua adik ipar dan suami saya mengalirkan air mata. Sehingga kami hampir berpisah. Disaat itu saya baru saya sedar. Apa yang ibu saya cuba lakukan. Saya menyesal sebb mengguris hari makmertua sy sehingga menangis.

Saya cuba bersabar dengan ibu saya. Ya saya hidup cukup makan pakai. Tapi saya xdpt puaskan hati ibu saya. Hampir setiap haru sy menziarahu dia. Saya beli rumah pun cuma 15 minit dari rumah ibu. Jika dulu  semasa ekonomi saya baik saya memberi 2500 sebulan kepada ibu. Tapi kini saya cuma dapat memberi 1800 sahaja sebulan.   Itu pun saya berjimat berbelanja. Saya dan suami sanggup makan nasi dan kicap. Asalkan saya cukup memberi kepada ibu. Ibu sering mengungkit katanya tidak cukup apa yang saya beri. Apabila ke shopping mall. Bila dia teringin sesuatu saya sanggup puaskan hati ibu walupn berhutang.

Jika ada keinginannya tidak tercapai. Dia akan kata saya anak derhaka . Anak tak mengenang budi. Aku tak mengaku kau anak aku.  Saya minta maaf dan saya cuba puaskan hatinya walaupun saya terpaksa berhutang dan menggunakan kad kredit.  Hari isnin adik ipar saya bersalin. Oleh sebb kerja . Saya dpt menjenguk adik ipar saya yg tinggal dirumahak mertua saya semalam. Ibu saya telefon dan tanya saya dimana. Apabila dia dengar saya ada dirumah mak mertua saya. Dia memgamuk dan memaki hamun saya.

Dia kata aku xada anak nama ×××. Kau bukan anak aku lagi. Aku tak ada anak perempuan. Saya tersentak waktu itu. Selama ini dia memaki saya secara face to face. Kalini dalam telefon dia ckp begitu. Menitik air mata saya. Saya cuba explain tp dia xterima. Saya sedih .. menangis saya. Saya dan suami kadang kala menangis selepas berjamaah. Kami sama sama menangis memikirkan nasib kami. Saya tak mahu jadi anak derhaka. Dlm masa yg sama saya ada suami yg perlu saya taati.

Setakat ini senjata saya ialah bersabar dan berdoa untuk ibu saya. Saya xmahu jadi anak derhaka. Untuk pengetahuan semua ibu saya jamaah masjid. Sering mengikuti segala kursus agama. Setiap hari dia mengaji alquran. Solat sunat tidak tinggal Tp  kenapa jd begini?Apa yang saya perlu buat? Saya mahu ibu saya berubah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersabarlah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
awak pun dah tahu jawapannya tt

hati manusia ni Allah pegang, doakan seikhlas hati agar beliau berubah hati, dan maafkan beliau
kata kata beliau yg munasabah sahaja pertimbangkan kalau yg merepek repek tu masukkan telinga kanan keluarkan telinga kiri
insyaallah doa orang zalim tidak akan dimakbulkan
walaupun ibu sendiri
balaslah doa yg zalim itu dengan doa penuh kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Bersabarlah.  Huduh2 pun mak awak juga.  Buat je la yg awak mampu.  Perangainya... mcm perangai org lain juga... is beyond ur control.  Ada org, makin tua makin menjadi... dh sebati kan.  N in ur mum's case, mulutnya.
Sedih jd mcm ni. Kesian dia.  Apa yg dia ckp yg tk elok tk elok psl awak tu, biarkan je la.  Sabar.  Jgn ambil hati.  Berlembut je la dgn dia spt biasa.  Tegur tu mungkin tk pyh la... if it's coming from u, lg la dia tk bole terima.  Sebagai anak, awak doa je lah pd Allah yg baik2 utk ur mum.  Awak jaga n lindung kerukunan dlm rumahtangga dan keluarga awak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orix at 11-2-2018 09:51 AM

Hai. Walaupun I belum kahwin, I cuma nak cakap, memang betul ibu kita yg melahirkan, membesar dan mendidik kita. Namun itu adalah tanggungjawab wajib mereka. Apabila kita dah besar, kita pun ada tanggungjawab terhadap ibu kita. Dalam hal ini, kalau awak rasa awak dah laksanakan tanggungjawab yg semampu awak, dan ibu awak masih tak berpuas hati, awak biarkan saja sebab awak pun dh laksanakan tanggungjawab awak. Selebihnya terpulang pd awak dan ibu awak. Kalau saya, saya bo layan je ibu yg jenis hati busuk ni. Hati busuk nak mati kalau jenis mengungkit dialah yg melahirkan dan membesarkan etc... kalau saya, saya jawab balik ‘ibu pernah dgar ke sy minta lahir kt dunia? Tak kan? Ibu yg bawa sy ke dunia... jadi tolong kita sama2 permudahkan hidup masing2... saya tak minta pun lahir ke dunia... saya pun tak minta ada ibu mcm ibu dan ibu tak minta ada anak mcm saya... sy dh buat yg terbaik semampu saya... ‘

Sorry lah, I mmg menyampah dgan ibu2 yg fefeeling dia berhak segalanya ke atas anak dia atas sebab dia lah yg menetek, melahir etc etc.... kalau I mak I ckp mcmtu, I jawab je, sape suruh mengandungkan I, lahirkan I semua tu.....

Dlm situasi ni I akan berpihak pd suami lebih daripada ibu sendiri... Dan sy percaya Tuhan tu tak bodoh nak hukum kita kalau ibu kita panggil kita anak derhaka tanpa sebab....yg berkuasa tu Tuhan...bukan ibu...sekian
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 09:53 AM | Show all posts
setahu akak , syurga awk di bawah tapak kaki suami bukan ibu. RM 1800, RM 2500 tu cukup besar zaman sekarang. kira banyak bersyukur ibu awak dapat anak cm awak.

sedih pula dengar. biarlah ibu awak begitu lama2 senyaplah tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya .. bersabarlah sis ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
cuba tanya mak awak betul-betul apa yang dia tak puas hati dengan hidup dia.. nanti dapat la jawapan kenapa dia jadi psiko macam tu..
no such thing selalu gi masjid ahli kariah dengar ceramah dari pagi ke malam menjaminkan dia bahawa dia ibu yang baik dan masuk syurga dan bebas dari sakit mental..

awak masih ada bapa.. tanggungjawab menafkahi dia adalah bapa awak la.. bukan tanggungjawab awak untuk bagi dia duit dan belikan apa yang dia nak..
cuma ajaran kita menggalakkan anak-anak bagi atas dasar kasih sayang dan atas kemampuan..
kalau tak mampu, tak payah sampai ikat perut anak beranak..
seolah-olah awak memberi dengan harapan mendapat pujian dan kebanggaan dari orang..

dan lain kali kalau awak ke rumah mertua, just ignore je la call dari mak awak tu..
silent your phone or block je no family awak for temporary sampai balik..
and stop jadi acik bawang yang bercerita tiap inci apa yang awak buat apa tiap hari, ada kat mana makan apa, kerja berapa gaji berapa bonus, laki kerja apa gaji berapa kat mak awak.. belajar la untuk jadi perahsia sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita selalu dgr dlm ceramah ustaz kata jgn jd anak derhaka tp jrg ceramah mak derhaka.
Syurga TT dah kt suami TT kena dgr ckp suami.
Kalau mak TT kata dia tak halalkan segala mala dari susu tetek dia, mcam ni lah yer..
Itu namanya tanggungjawab dia sbg ibu.
Sabarlah dan byk mengadu kat Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah sedihnya. Moga dipermudahkan urusan awak n mak awak. Baiknye suami awk, x bising awk bg duit sebanyak tu pd mak awk.

Tp bile kite dh kawin, kite ni kena patuh pd suami.mgkn blh minta suami bersuara skit. Bkn melawan, tp berckp.luah apa dia rase.

Suami kena lindungi isteri dia.x blh la biar org buli isteri, wpun 'org' tu emak kandung.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la dgn ujian ni tt..mmg ibu tt seolah menggunakan kuasa die ibu yg mengandung, melahirkan & membesarkan tt utk treat tt cam tu.. i rase tt kena terus terang skrg tt dah ada suami yg patut di hormat juga.. mungkin boleh ckp melalui ayah tt.. mintak tlg ayah tt nasihat kan ibu tt
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah ada ibu mcm ni kat dunia ni..
Mentang2 dah jaga dari kecik, sewenang wenangnya nak suruh anak balas sampai memudaratkan anak tu..

Ibu yg baik, dia jaga anak sbb sayang dan tanggungjawab..dan seronok melakukan itu semua..

TT, selesaikan dulu keperluan awak..kalo ibu awak susah, awak wajib bantu, tapi, kalo dia hidup senang, awak bg sedikit wang gaji pada dia untuk dapat berkat..jgn sampai awak pulak yg susah..kalo dia minta lebih, awak minta maaf je sambil cakap itu je yg awak mampu beri..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya baca..sabar je la tt.
Dulu my mom pn sejenis yang sokmo tak puas ati kat anak2 terutamanya aku.Sokmo la nampak aku jahat sebab keje tak bagus,bila dh keje plk aku jarang2 bagi duit kat dia sebab diri sendri pn tak ckup nk byr kete umah segala.

Tapi bapak aku cool tak pernah sikit pon dia naik suara kat anak2 n wlpon aku paling jahat paling tak dengar kata dlm ramai2 adik badik,aku tak pernah dgr bapak aku kondem aku.Sebaliknya dia tegur elok2 wlpon aku jahat melawan dia dlu masa zaman baru2 nak up kononnya nak kebebasan.

Tapi mak aku terbalik,apa yg aku buat sume tak kena.Sama la mcm ur mom.Sudahnya memang aku kecik ati sangat2 ngn mak sebab dia tak pernah mengaku silap dia wlpon aku melutut mintak maap.Smpai satu tahap aku angkut sume brg2 aku kluar rumah parents n bawak diri keje jauh dari kampung bawak ati jarang2 aku balik kampung.

Bila pikirkan bapak aku jadi sedih sebab nak marahkan mak abih bapak aku kena sekali.Lama2 aku biar je mak aku mcm tu tp bulan2 aku tetap bank in kn duit kat dia klo ada lebih aku bank in kn lebih.Bila dh makin tua,cucu pn dh bertambah aku tengok mak aku pelan2 dh berubah.

Cuma dlu time dia marah biasa la ada apa yg dia cakap btol ada yg tak betol jadi,mana yg tak betol aku bolayan.Lama2 dia jadi fed up plus aku makin besar ada keputusan sndri dlm idup,so pelan2 dia berubah.Berubah dlm erti kata takde dh nk buruk2 kn aku dpn siblings n in law yg dtg kerumah sbb dia tgok aku buat dek ckp la nk ckp ape.

Aku tak pernah putus doakan dia,tapi aku taktau dia pernah doakan aku or tak.Bila pikir mmg sedih tp klo ko ikut ati,smpai bila2 pn ko menjeruk rasa..Pikir satu je la org tua ni mmg ego n mmg takkan mengalah ngn anak2 pasal dia fikir dia org tua lebih awal makan garam.Wlpon tak semuanya perangai dorg btol tapi ko pekakkn telinga,jalani idup ko aman2.Tp yg penting hormat la ibu satu je dlm dunia tkde galang ganti.Aku dlu sokmo sakit ati sbb mak aku tak pernah cuba nk faham aku mcm mak2 org lain,tp sekarang aku mls dh nk pikir.Sbb klo ko tnjuk protes selagi tu mak2 akan doakan tak baik utk anak sampai terkeluar tak halal susu sume.

So aku doakan ko sabar je la ngn perangai mak mcm tu..syukur la sekurangnya ada mak mentua yg phm wlpon mak sendri tk mcm mak.Tp pcaya la satu masa dia akan berubah bila die duk sorg2 kt umh nti dia akan terpikir or time sakit ke ape,ank2 yg dia tak suka la yg akan beria jaga dia.Ank2 yg disanjung dipuja takde nya jenguk pn skali skale.Pastu aku nk ckp wowww mak ko dh beribu ko kasik bulan2 pn tk puas ati lagi,nk tggu jual spender ke tgok ank menantu mngemis bru puas ati
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
One of contoh ibu yg kita x perlu taat dlm perkara2 yg tidak mengikut syariat Allah. Bab duit ni mmg sensitif, tp maafkan sy, ibu TT patut bersyukur kerana diberi rezeki setiap bulan drpd TT dgn amat byknya. Tolong jgn berhutang semata2 utk memenuhi nafsu ibu. Allah x suke kita berhutang utk perkara yg x perlu.

Skrg ni xyahla pikir nk please manusia sgt. Semua pun hamba Allah yg hina. Fokus on pleasing Allah first. Mana2 yg bercanggah usah la dilayan. Hormat ibu kerana Allah. Buatlah segalanya kerana Allah. In shaa Allah selamat dunia n akhirat.

Definisi derhaka tidaklah dipegang oleh ibu semata. Allah lah yg menentukan segalanya. Sabar, clear your minds and anggapla kata2 yg tdk baik keluar drpd ur ibu adalah sebahagian drpd kelemahan dirinya. Jgn salahkan ibadat yg dibuat, kerana mungkin kerana ibadat itula yg menghalang ibu drpd menjadi lebih teruk drpd skrg. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih banyak banyak. Td saya beritahu kawan baik saya. Dia pun bagitahu benda yg sama. Apa yang  boleh  buat ialah bersabar , jalankan tgjwb sbg anak dan balance between life suami  mertua dan keluarga saya. Silap saya sendiri tak pernah berkata tidak pada mak saya jika tidak mampu sejak awal awal dulu.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
beautifulliar replied at 11-2-2018 12:47 PM
Sedihnya baca..sabar je la tt.
Dulu my mom pn sejenis yang sokmo tak puas ati kat anak2 terutamanya ...

Terima kasih banyak banyak. Saya tak putus doa untuk ibu saya. Harap masa mengubahnya..

Saya sblm ni  beri ibu 2500 sebulan . 650 bayar rumah yg mak saya beli sebelum dia pencen. Lebih tu bayar bill belanja makan dan  bayar kutu yg ibu saya. Tapi bila ekonomi  saya xstabil tu yg start saya bagi 1800.   Suami saya buat keje  free lance dan buat uber grab. Sblm ni oil n gas.  Mmg gaji xsama mcm dulu tp alhamdulillah cukup beli  brg keperluan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
swimswim replied at 11-2-2018 09:05 AM
Bersabarlah..

Terima kasih ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 11-2-2018 09:23 AM
awak pun dah tahu jawapannya tt

hati manusia ni Allah pegang, doakan seikhlas hati agar beliau be ...

Tq .. saya tak putus doa yg baik baik untuk ibu. Harap masa mengubahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 11-2-2018 09:34 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Bersabarlah.  Huduh2 pun mak awak juga.  Buat je la yg awa ...

Terim kasih.. saya tetap layan dia seperti biasa. Saya sayang ibu saya. Saya sentiasa doa yg baik utknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-2-2018 09:53 AM
setahu akak , syurga awk di bawah tapak kaki suami bukan ibu. RM 1800, RM 2500 tu cukup besar zaman  ...

Terima kasih banyak banyak. Saya bykkan bersabar. Saya selalu doa yg baik utknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.413646 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list