View: 1492|Reply: 3
|
Dapat Surat Mengandungi Serbuk Putih, Menantu Donald Trump Masuk Hospital
[Copy link]
|
|
Gara-gara membuka sepucuk surat yang mengandungi serbuk putih, menantu presiden Amerika Syarikat, Vanessa Trump dimasukkan ke hospital.
Dilaporkan surat berkenaan ditujukan kepada Donald Trump Jr., iaitu anak lelaki sulung Donald Trump di apartmennya di Manhattan.
Memetik laporan Astro Awani, selain Vanessa, dua lagi mangsa turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Namun, hasil pemeriksaan polis mendapati serbuk berkenaan disahkan tidak berbahaya.
Dalam pada itu, Trump Jr. menerusi twitter dan Facebooknya memaklumkan, keluarganya selamat dan menyifatkan insiden itu sebagai ‘menjijikkan’.
Foto Astro Awani
“Vanessa dan anak-anak saya selamat dan tidak mengalami kecederaan selepas situasi yang berlaku pagi tadi.
Sesungguhnya, ia amat menjijikkan apabila sesetengah individu memilih untuk menyatakan penentangan mereka dengan tingkah laku yang mengganggu itu,” ujarnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Wah ramainya anak deols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau serbuk tu tak merbahaya, sampai ke hospital tu kenapa? Paranoid? |
|
|
|
|
|
|
| |
|