CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 6

Diberi Nama 'Tingga' Selepas Ibu Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 13-2-2018 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Setiap ibu bapa pasti mahukan nama dengan maksud yang baik untuk anak mereka hingga kadang-kadang nama diberi terlalu panjang dan sukar disebut.


Berbeza dengan orang dulu-dulu memberikan nama yang ringkas dan mudah disebut. Ketika itu, maksud tidak menjadi keutamaan, sebaliknya nama dipilih sempena sesuatu kejadian.


Begitu juga dengan pemilik nama Tingga Abas, 61, lapor Sinar Online.







“Saya sebenarnya tak tahu sangat, tapi mak saudaralah yang cerita macam mana boleh dapat nama Tingga. Dia kata, nama Tingga tu asal daripada perkataan tinggal.

“Sewaktu arwah emak melahirkan saya, arwah emak meninggal dunia, lalu saya dinamakan sebagai Tingga,” katanya.


Wanita berasal dari Kuala Pahang, Pekan dan kini menetap di Kampung Jerantut Feri itu bagaimanapun tidak tahu mengapa namanya dieja tanpa huruf 'L' di belakang namanya.

“Mungkin juga kerana ejaan orang dahulu, saya juga tak tahu. Saya juga tak pasti siapa yang menamakan saya, sama ada mak saudara atau arwah ayah. Kemungkinan arwah ayah," katanya.


Walaupun unik, kerana nama itulah dia pernah dianggap sebagai warga Indonesia. Bagaimanapun, Tingga tidak pernah diejek kerana nama uniknya itu.




Foto: Sinar Online



“Sewaktu di sekolah sampailah saya bekerja, tidak ada yang ejek nama saya sebab ada juga rakan yang mempunyai nama yang pelik seperti saya.

“Saya rasa biasa sahaja, tidak ada apa yang istimewa atau pelik sebab kawan juga ada nama pelik,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Acaner iols teringat cite sifu dan tongga plak neh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:40 PM | Show all posts
shernazz replied at 13-2-2018 11:46 AM
Acaner iols teringat cite sifu dan tongga plak neh

eh iols pun!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Belah Pantai timur sana mmg byk perkataan bila sebut huruf belakang tu x bunyi. Cth tinggal, kenal
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 11:28 AM | Show all posts
m,acam macam perkara
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:19 PM | Show all posts
iols pernah nampak tokti caption Lapa kt ig dia mmg org pahang ni sejenis sebut huruf tak habis kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama mmg tak boleh nak tukar erk kat JPN.?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044781 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list