Kebiasaannya kita selalu menggunakan kastard untuk buat puding seperti puding jagung dan rasanya yang berlemak dan manis sudah cukup membuat penggemarnya makan berkali-kali.
Manakala tiramisu pula merupakan pencuci mulut menggunakan bahan asas seperti telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso.
Foto - Vit Daily
Tetapi kreativiti salah seorang pengguna Facebook bernama Solehah Yusoff ini berjaya menggabungkan kastard dan tiramisu untuk dijadikan sebagai pencuci mulut yang mudah disediakan dengan beberapa bahan sahaja.
Foto - Vit Daily
Bahan-bahannya:
1) Satu tin susu pekat
2) Satu tin susu cair
3) Biskut Marie perisa kopi
4) Milo
5) 11 sudu makan tepung kastard
6) Tiga sudu makan gula
7) Secubit garam
8) Air (sukatan sebanyak 5 tin susu yang digunakan)
Cara penyediaannya:
1) Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air, gula dan garam ke dalam periuk lalu kacau sebati.
2) Kemudian letakkan di atas dapur lalu dikacau sehingga pekat dan kilat di atas api sederhana.
3) Masukan adunan tadi secara perlahan di dalam bekas untuk dijadikan lapisan pertama.
4) Taburkan milo dan juga biskut marie yang dipecahkan kasar.
5) Lapiskan milo dan biskut marie dengan adunan kastard.
6) Taburkan milo di atas lapisan kedua kastard tadi dan masukan ke dalam peti sejuk.
Mudah sangat! Pastikan ia benar-benar sejuk untuk nikmat yang tidak terhingga. Jadi apa lagi silalah cuba dan rasa sendiri keenakannya. -CARI
|