CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3678|Reply: 34

Marah pinangannya ditolak, seorang majikan tergamak mengambil kesempatan mencabu

[Copy link]
Post time 13-2-2018 10:39 PM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU - Marah pinangannya ditolak, seorang majikan tergamak mengambil kesempatan mencabul pekerja wanita dalam kejadian di sebuah kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 20 tahun yang sebelum ini pernah menolak lamaran suspek untuk dijadikan isteri kedua diarahkan masuk ke bilik studio sebelum dipaksa menjalani sesi penggambaran tanpa diberitahu sebab musabab.

"Mangsa hanya akur dengan arahan tersebut sebelum majikannya mengambil beberapa keping gambar dengan berlainan posisi.

"Lebih kurang 10 minit kemudian, suspek terus menghampiri mangsa dari arah depan sebelum bertindak memegang buah dada gadis itu secara paksa," katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, suspek lebih berani dengan membuka baju dan seluar mangsa sebelum bertindak rakus mencabulnya.

"Dalam keadaan separuh bogel dan tidak terdaya itu, suspek cuba mengambil kesempatan hendak merakam gambar dengan alasan untuk dijadikan simpanan peribadinya tetapi sempat ditepis mangsa.

"Melihat keadaan mangsa yang ketakutan itu, suspek cuba memujuk dengan mengajak keluar makan menaiki keretanya," katanya.

Kata sumber, semasa dalam perjalanan ke kedai makan, suspek sekali lagi mengambil kesempatan mencabul mangsa dan dalam masa sama memujuk lagi agar menerima lamarannya.

" Suspek memujuk mangsa agar berkahwin dengannya di Thailand tetapi ditolak sebelum bertindak meninggalkan mangsa keseorangan di luar tandas sebuah pasaraya di Gong Badak, Kuala Nerus, kerana bengang.

"Mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian pulang ke rumahnya dan menceritakan perbuatan suspek kepada keluarganya sebelum terus membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...jikan-1.797650

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh dicabul hingga separa bogel,boleh pulak lps tu naik kereta ikut nk pi mkn.telenovela sgt kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:49 PM | Show all posts
jap aku tak faham
dah kena raba kena separa bogel bagai
apahal x jerit kuat2
or lari keluar kedai
kena ikat kah?
pintu kena kunci kah?
dah lepas tu gigih ikut naik kereta pegi kedai makan bagai
musykil aku dibuatnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 10:51 PM | Show all posts
Rasakan, semoga di penjarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:58 PM | Show all posts
kedai gambar mana ni?

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah kena tinggal depan jamban barulah sibuk nk repot polis khennn kalau x ko ikut jah sana sini...acah2 menolak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ada ke kedai gambar kat mesia yg punya bilik khas ala2 photoshot retis /magazine /model tu? curios iolls pompuan tak teriak, pastu boleh pergi makan dgn suspek.. bila kena cabul kat keta pun, takdenye nak keluar terus.. bila kena tinggal , baru meroyan gegeh report..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
apa2pun , dasar tua kutuk tak sedar diri.. takat kedai gambar, gegeh nak berbini dua..alih2 sebab nafsu.. natsu tak tahan, mencabul pula dia.. dasar hanat.. bini first, kau tibai je la laki kau tu mcm kat jugglers tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya jantan tu, sian bini dengan anak dia. Nafsu binatang. Ko nampak pompuan ni as objek je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sempat lagi naik kereta nak keluar makan? dah separuh bogel pun tak reti nak melawan?bukan kena acu pisau, pistol pun.. yg jantan tu pulak macam dah lapar batin sangat ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 11:58 PM | Show all posts
Jijik sungguh perangai gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Jln cerita sgt mengikuti tema 'smut manga'. Paksa2 rela
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah org xnak paksa2 pulak...muka x malu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempat lagi ikut naik kereta tu.. patut awal2 lagi kau dah lari selamatkan diri dek oii
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin bertambah orang gila atas dunia ni. Ikutkan nafsu sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:54 AM | Show all posts
sebab kena tinggal sorang2 barulah komplen? She should kasi penampar terus at the first time right?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
as usual acik2 kepam garit yg fefeling suci akan menyalahkan ppn dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 14-2-2018 05:15 AM
as usual acik2 kepam garit yg fefeling suci akan menyalahkan ppn dulu.

Aiol dah hagak komen victim blaming akan berleluasa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 14-2-2018 06:13 AM
Aiol dah hagak komen victim blaming akan berleluasa.

teringin nak tgk komen acik2 kepam ni bila diri sendiri atau anak memasing jd mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 09:40 AM | Show all posts
Niat sucinya untuk membina satu lagi mesjid belum di izinkan Allah SWT.

Semoga tukang gambar itu terus berusaha.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.359606 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list