CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8397|Reply: 89

[Tempatan] PTD- kerjaya elit idaman ramai : Jawatan kosong cuma 300 tempat, yang memohon 10

  [Copy link]
Post time 17-2-2018 01:02 AM | Show all posts |Read mode
SERDANG –  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) buat pertama kali akan mengambil sekumpulan graduan cemerlang untuk mengikuti kursus kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Pengambilan itu akan dilaksanakan dalam tiga sesi dengan pengambilan pertama dilakukan pada Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, langkah tersebut bertujuan membuka peluang kepada graduan tempatan bekerja dalam perkhidmatan awam di negara ini.

“Kita akan melaksanakan pengambilan kadet PTD dalam tiga sesi pengambilan iaitu 300 orang untuk sesi pengambilan pertama dengan lebih 100,000 permohonan diterima JPA.

“Kumpulan kedua dalam kalangan graduan cemerlang ini yang terdiri daripada 1,200 orang tetapi terhad untuk pengambilan 200 orang sahaja manakala kumpulan ketiga akan terdiri daripada pegawai lain-lain skim yang sedang berkhidmat dalam kerajaan diberi peluang untuk memasuki PTD,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis Perjumpaan Graduan Cemerlang Bersama Ketua Setiausaha Negara di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Hadir pada majlis Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Tambah Ali Hamsa, sesi perjumpaan bersama 1,200 orang pelajar cemerlang itu juga menyaksikan pembukaan kaunter pameran lebih 60 agensi kementerian dan kerajaan yang menerangkan mengenai peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti kejuruteraan, perubatan, undang-undang selain perhidmatan awam.

Ditanya mengenai tempoh masa latihan yang akan dijalani mereka, Ali berkata, tiga-tiga kumpulan graduan itu akan menjalani latihan secara berasingan.

Katanya, graduan cemerlang dan pemohon daripada skim lain yang masih berkhidmat dalam kerajaan akan menjalani proses temuduga kemasukan pada Mac ini .

Malah jelas beliau, graduan kelas pertama dan cemerlang pula akan menyertai kemasukan pada bulan Julai menerusi sistem baharu ini.

“Sistem ini dilaksanakan negara jiran, Singapura yang memberi keutamaan menyerap graduan cemerlang tajaan kerajaan itu ke dalam kerajaan sebelum membuka penyertaan kepada yang lain di republik itu,” ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2018 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung la jd org cemerlang ni. Menyesal jgk dulu2 sbb x menjd cemerlang.

apa leh buat. Past is past kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 02:22 AM | Show all posts
graduan cemerlang pun kos sara hidup naik jugak nyah....mak tengok kat fb ramai gegolongan ptd yang menyindir bbnu nak jadi ptd...kenapa sombong sangat ye nyah? masuk kubur nanti bukan ptd juga yang korek kubur kau nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 02:23 AM | Show all posts
otai_g replied at 17-2-2018 01:25 AM
Untung la jd org cemerlang ni. Menyesal jgk dulu2 sbb x menjd cemerlang.

apa leh buat. Past is pa ...

mak pasti kau lebih hidup senang dan berjaya dan bahagia daripada setiap ptd yang ada nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
BookerT replied at 17-2-2018 02:23 AM
mak pasti kau lebih hidup senang dan berjaya dan bahagia daripada setiap ptd yang ada nyah...
...

X tdur ke nyah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ptd mmg sumbung ke
Iols xpenah jumpa.ptd
Jadi..iols xtau lah...kikiki..
Sebab kengkawan iols yg ptd ok ok saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2018 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
yer lah tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 07:24 AM | Show all posts
BookerT replied at 17-2-2018 02:22 AM
graduan cemerlang pun kos sara hidup naik jugak nyah....mak tengok kat fb ramai gegolongan ptd yang  ...

ye ke... kat mana u tgk ni.. nak jugak baca apa ptd ckp kat alam maya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2018 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji basic ptd ni berapa
Pelajar cemerlang tu tentu dah dpt tempat kat glc, mnc gaji starting 3k ke 4k..iols agak je..hehe

Teringat dulu ada forumer ckp, masuk U patut amik course yg biasa2 je yg senang score..nnt senang dpt masuk gomen sbb cgpa tinggi..
Takyah amik kursus kritikal yg perlu daya pemikiran tinggi..hehr
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 17-2-2018 07:38 AM
Gaji basic ptd ni berapa
Pelajar cemerlang tu tentu dah dpt tempat kat glc, mnc gaji starting 3k ke ...

Itu mmg hakikat sbb gomen mmg sgt pandang pointer. Kursus apa jenis pun diorg bukan peduli sgt melainkan jawatan tersebut mmg perlu kelulusan spesifik tersebut

Lagi susah satu2 kursus kat uni tu lagi la susah nak dapat pointer tinggi melainkan seseorang tu adalah genius
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
wow dgr perkataan elite tu mcm vass jer.dgrnya sek2 ptd pun ada yg bertenggek kt forum setiap masa. mkn gaji butake tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 09:08 AM | Show all posts
ptd fresh grad pn dah blh  dapat gred 41 keatas .selayaknyala jadi kerjaya dambaan setiap ummah di malaya ini
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 17-2-2018 07:38 AM
Gaji basic ptd ni berapa
Pelajar cemerlang tu tentu dah dpt tempat kat glc, mnc gaji starting 3k ke ...

Sama mcm gaji gomen...tp bila naik pangkat diorang ade elaun2 tambahan yg buat gaji jd byk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 10:42 AM | Show all posts
akak kerja kerani cabuk ni pun dapat jusa xpayahlah nk sombong  sangat orang kata the most ever important is ending. ending dpt jusa ok juga kan? mula dari bawah setapak setapak sentul bunga raya ampang
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku...yg pntg daya pemikiran...pointer tinggi x menjamin keje tip top
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 11:15 AM | Show all posts
hebat. 300 out of 100,000??
masaklah nak tapis calon

mungkin ya juga pasal pointer tinggi nih
kawan aku dulu ambik botani, one of the courses yang paling senang la dalam bidang sains berbanding mikrobiology, genetik, biokimia (struggle gila kot)
dia dpat first class
la ni dah jadi PTD officer lepas kerja kat PNB setahun (dapat offer) right after dapat results tahun akhir, belum lagi grad officially . Course tak ada kena mengena pun dengan PNB.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2018 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
My friend bgtau dia ada buat screening utk ptd.bukan semua cerdik2 pun.isi borang out.communication out.ada kwn2 yg ckp screening punya lah ramai tapi separuh dah di isi kalau ada kabel tebal
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Elit?  
Ujung2 PTD ni hire jugak engagement dgn genius brain from Mckinsey, BCG, bain and Co, accenture, AT Kearney utk develop projek
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jah akak jmpe PTD yg tak tahu apa itu industry revolution 4.0
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Huk alah... gaji PTD yg paling rendah dalam skim professional berbanding dokter, engineer, accountant dsb..

elite celah mana.. sbb pakai kot dgn tie ka .. lepas tu jenis putar alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084761 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list