CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7790|Reply: 9

Masyarakat Cina Sanggup Guna Ini Untuk Tarik 'Ong', Pelik Juga Bila Tahu

[Copy link]
Post time 19-2-2018 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Macam biasa, perayaan Tahun Baru Cina tahun ini disambut meriah di sekitar Malaysia. Tahun ini merupakan tahun anjing yang semestinya boleh mendatangkan keuntungan kepada sesiapa berusaha mengejar ke arahnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti akan terdedah dengan pelbagai kepercayaan dan tradisi yang dianggap pelik yang diamalkan oleh masyarakat Cina tempatan. Mari kita lihat, apakah amalan masyarakat Cina Malaysia untuk menarik "ong".


1. Jauhi buku



Sumber: muslimsumbar.wordpress.co



Rakyat malaysia kebanyakannya malas membaca, jadi ini adalah satu berita baik untuk anda. Tetapi kepada yang menggemarkan buku sebagai aktiviti mengisi masa lapang, anda patut menjauhinya seketika.


Masyarakat Cina percaya bahawa perkataan "Shu" atau buku dalam bahasa Kantonis sama bunyinya dengan "kalah" dan semestinya anda tidak mahu sesuatu kekalahan mencemarkan nasib baik anda tahun ini kan?


2. Membela ikan di rumah


Sumber: farrayroom.blogspot.my


Selalu kalau kita pergi ke kedai rakan-rakan Cina kita, pasti kita akan ternampak mereka membela ikan seperti 'flowerhorn' seekor dalam satu akuarium besar ditengah-tengah rumah. Ada juga yang membela ikan koi dalam kolam di luar rumah sebanyak beberapa ekor sebagai hiasan taman, tetapi mengapa?


Selain mempercayai 'Feng Shui', mereka juga mempercayai sekiranya mereka membela ikan di rumah akan mendapat nasib baik! Ini kerana peribahasa Cina ada menyebut “年年有余” (nian nian you yu) yang mempunyai maksud lebih kurang, "mempunyai lebihan setiap tahun". Selain itu, perkataan "yu" di situ bunyi sama seperti perkataan Cina lain bermaksud 'ikan'. Nampak logiknya mereka membela ikan?


3. Pecahkan telur merah atas kepala orang lain


Sumber: poorskinnychef.wordpress.com


Aduh, sakit betul nak dapat nasib baik ni. Pada masyarakat Hokkien di Malaysia, ramai percaya bahawa telur merah membawa simbol kepada perkembangan dan lambang nasib yang baik. Jadi apa rasionalnya amalaN ini? Memecahkan telur merah di atas dahi seseorang sekali gus mengucapkan 'selamat maju jaya dan makmur sepanjang masa.


Lagi kelakar kalau anda rakam dan masuk dalam Instagram lepas pecahkan telur tu.


4. Golek nanas ke dalam rumah


Sumber: silverkris.com


Ye, ini adalah salah satu perkataan serupa yang membawa maksud yang positif kepada masyarakat Cina di Malaysia. Tahukah anda bahawa nanas dalam bahasa Kantonis dipanggil "Wong Lai" atau dalam bahasa Hokkien dipanggil "Ong Lai". Nampak tak dimana 'ong' di situ? Ia disifatkan sebagai memanggil nasib baik datang kepada si pelaku kerana bunyinya sama seperti 'nasib baik, datanglah' dalam basa Kantonis.


5. Bertukar hadiah



Sumber: linkedin.com (Jennifer Zhu)



Jangan terkejut sekiranya anda bertandang ke rumah jiran atau sahabat Cina, mereka akan memberi anda hadiah. Mereka percaya bahawa memberi hadiah akan membawa tuah kepada si pemberi. Jadi tidak hairanlah ramai sahaja orang ke pusat membeli belah semata-mata mencari hadiah untuk diberi kepada tetamu. Tidak kira kecil atau besar, asalkan ianya berian ia akan tetap membawa tuah.


Rezeki, kongsi-kongsi. Betul tak? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 12:02 PM | Show all posts
Bagus infonya boleh tambah pengetahuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 03:09 PM | Show all posts
betul ke ni... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 04:05 PM | Show all posts
masyarkat cina sbnrnya penuh dgn adat dan pantang larang... so jgn igt melayu je pnh ngan adat n pantang larang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:55 PM | Show all posts
tak mandi..basuh kepala,tak menyapu rumah takut ong lari..takda kaaa?masa sekolah dulu selamba je aku ngata depan2 kata pengotor.tapi takde lak diorg  sentap...siap dapat limau lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mmmmm........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2018 04:01 AM | Show all posts
diorang nak mula kerja first day lepas new year pon ada hari2 tertentu tau. Tahun anjing ni aku rasa semalam, sebab majoriti kedai cina iols nampak bukak pagi pastu terus letupkan mercun (simbolik halau sial kot)...iols tau pon sebab sebelum ni pernah kerja kat kompeni cina dan diorang sangat2 ikut rules tu. Semua ada kat kalendar Cina. Seronok tengok n dapat belajar benda baru
Kain merah yang diletak kat depan kedai/rumah pon ada hari2 tertentu untuk digantung n diturunkan uols...tetiap tahun iols lah yang kena buat kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:42 AM | Show all posts
Edited by bulan_gerhana at 20-2-2018 10:45 AM
hyie replied at 20-2-2018 04:01 AM
diorang nak mula kerja first day lepas new year pon ada hari2 tertentu tau. Tahun anjing ni aku rasa ...

aah .. sama la cam kelig aku.. utk mula keje ade harinye.. dan dia akan siapkan 1 pasang baju baru utk dia dgn hubby dia utk pakai 1st day keje.. kalo tahun ni... dia plan start keje on thursday... bertabah la aku yang tinggal... [ aku pk 1 je.. lama keje dgn dia.. 1 je aku pk.. tolak ansur tu penting]

1 lagi kalo tahun baru depa ni.. x leh beli hand beg.. sbb beg kan letakkat bahu.. dianggap sebagai burden la...

yg bestnye tetiap tahun dia yg paling excited tgk horoskop utk kitaorg 1 opis [ aku layankan aje la...bukan nak percaya 100%] ... beware dgn mcm2... anything akan jadi 3 kali.. then after that kira lepas la.. abis sume bende x baik..

warna ape sesuai pakai sepajang tahun ni.. sape yg kerap akan sakit [ flu, cough or fever]
aar yg best dia akan pastikan hari sebelum cny ari tu dia xde dia xde utang ape2 dgn sape2.. eg.. mcm aku ade bayarkan lunch dia yg dia lupa bayar kat aku..  sbb dia percaya kalau dia ade berhutang walau 10 sen .. dia akan berhutang sepanjang tahun dengan aku walaupun dia bayar lepas cny..

byk sebenarnye.. aku pun dah x ingat dah...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 11:29 AM | Show all posts
perkongsian yang bagos
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 20-2-2018 10:42 AM
aah .. sama la cam kelig aku.. utk mula keje ade harinye.. dan dia akan siapkan 1 pasang baju baru ...

And yes  bab berhutang tu penting... aku heran mcm mna org kita bila bisnes hutang tak ingat... apatah lagi dia lupa, bila dia hutang kita, rezeki sgt ssh nk masuk kn... spatutnya dia pikir jauh. Yg chinese pula memang kalau boleh depa nego harga kaw2.. tp hutang depa ttp byr..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060573 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list