CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Jamie Oliver Terdesak, Terpaksa Tutup 12 Restoran

[Copy link]
Post time 22-2-2018 11:48 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 21-2-2018 05:51 PM
Heshe cepat sentap kan...kes gado dgn jamie pun pasal benda kecik..jamie sebut sbg bapa yg ramai a ...

dulu gordon ramsay ada bela bbrp ekor ayam belanda... dlm rancangan tv apa entah tp dah lama, dia dgn selamba cakap nama turkey - jamie oliver, nigella lawson, delia smith dan ainsley harriott. kemudian ramsay masak dishes ikut buku2 resepi dia org, lepas tu dia bg babi makan masakannya tuh. hahahaa kejam gilerr. dgn bapak mertua pun dia gaduh gak.
tp ramsay sesekali mendapat cash jua, terkantoi tang karier bolasepak... pernah main dgn glasgow rangers katanya. padahal dia cuma ikut training percubaan itu pun terpaksa stop sbb knee injury

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
I adore him..makanan dia simple tapi menarik..tp aku perasan dia main sauk je herbs kat garden..xde plak nampak dia basuh dulu herbs tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 04:50 PM | Show all posts
namieamuro replied at 21-2-2018 01:20 AM
iols suke sgt nigella..cara die ckp pn mak mak sgt..lembut aje..pastu makanan die masak sume nmpk  ...

ada buku nigella lawson, byk cakes & cookies recipe dia bila dibuat tak berapa menjadi .. suka lagi sally's punya recipe .. hampir semua yg ditry menjadi la
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 05:01 PM | Show all posts



teringat ada satu bidio masa jamie wat demo awareness pasal proses chicken nuggets guna segala lemak, kulit, organs dan tulang ayam tu mcm di fast food restaurants kepada bebudak.
Memula bebudak tu like "ewww" masa tgh2 prosessing tuh. Then lepas siap goreng bagai bebudak tu teruja dan sanggup untuk makan sebab mmg nampak sedap. Jamie tercengang & said, "unbelievable".


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 01:38 AM | Show all posts
Bisnes Jamie Oliver bankrap, 1,300 chef bakal hilang kerja
[backcolor=rgba(255, 255, 255, 0.6)]                                       Jamie Oliver




LONDON - Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver bakal hilang kerja selepas aset itu kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.

Menurut laporan BBC, 22 daripada 25 rangkaian restoran itu sudah ditutup termasuk Fifteen, Jamie Oliver's Diner dan restoran stik Barbecoa di London.

Dua restoran Itali dan Jamie's Oliver Diner di Lapangan Terbang Gatwick akan meneruskan operasi untuk jangka masa pendek.

Bagaimanapun, 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan francais tidak terjejas.

Masalah terbabit dikhuatiri akan menutup perniagaan restoran yang diusahakan Oliver, 43, sejak 2006.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, rangkaian terbabit diselamatkan dari bankrap selepas Oliver pada saat akhir menyalurkan 13 juta pound (RM69.31 juta).

Oliver, 43, merupakan individu terkenal di United Kingdom selepas program masakan, The Naked Chef menjadi siri masakan popular.

https://www.sinarharian.com.my/article/29251/GLOBAL/Bisnes-Jamie-Oliver-bankrap-1300-chef-bakal-hilang-kerja


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.410456 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list