CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5154|Reply: 54

[Dunia] Berkira sangat bab shawarma, wanita Arab ceraikan suami

[Copy link]
Post time 19-2-2018 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Shawarma adalah sejenis roti yang menggunakan daging kambing, ayam, atau lembu yang dicampur sayuran sebagai inti. (Gambar Google)



Setiap hari ada sahaja kes perceraian yang dilapor berlaku di Arab, tetapi yang lebih menarik apabila setiap perceraian dianggap semakin pelik dan kompleks.

Baru-baru ini seorang wanita Mesir menceraikan suami yang baru dikahwini 40 hari selepas mendapati lelaki itu terlalu berkira untuk membelikannya shawarma, sejenis makanan berintikan daging dan dibungkus dengan roti tortila.

Kata lelaki itu, makanan tersebut sangat mahal dan wanita itu cuba mengeksploitasi kewangannya.

Menurut laporan Masrawy, Sameeha baru sebulan lebih berkahwin lelaki yang dikenali selama 2 bulan mengikut adat yang diuruskan keluarga itu, dia mengambil keputusan menamatkan rumah tangganya selepas tidak tahan dengan perangai kedekut suaminya itu.

“Pada minggu pertama perkahwinan, dia memberitahu tidak suka keluar kerana ia hanya merugikan wang.

“Selepas 40 hari duduk di rumah, saya merayu supaya dibawa keluar. Kami tak pernah keluar ke mana-mana selepas berkahwin. Dia bagaimanapun bersetuju.

“Tetapi sewaktu berada di luar, saya meminta suami untuk membelikan shawarma, tetapi dia enggan. Dia berkata akan hanya membelikan jus, itu sahaja. Dia berkata saya cuba mengeksploitasi kemewahannya dengan memaksa membelikan kedua-dua roti shawarma dan jus,” katanya.

Tambah wanita muda itu, suaminya juga mengira baki roti di rumah sebelum keluar ke tempat kerja bagi mengawasi jumlah roti yang dimakan olehnya.

Akhirnya, perbalahan “shawarma” mencetus keputusan Sameeha menamatkan perkahwinan sekali gus keengganannya untuk meneruskan hidup bersama seorang lelaki yang sangat kedekut.

“Dia gila. Saya tak boleh hidup dengan lelaki seperti ini,” katanya.

Berita perceraian “shawarma” ini viral di media sosial dan kini sedang menunggu giliran untuk dibicarakan di mahkamah Mesir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental tu...makan pun berkira
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 04:53 PM | Show all posts
Edited by insulin at 19-2-2018 05:09 PM

Jelaslah wanita Tanah Melayu lebih dahsyat dari wanita Tanah Arab ni. Di Tanah Melayu ni, bukan setakat belikan roti, laki tak belikan barang dapur atau susu anak pun masih ramai isteri yang cuba bertahan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 19-2-2018 08:53 AM
Jelaslah wanita Tanah Melayu lebih dahsyat dari wanita Tanah Arab ni. Di Tanah Melayu ni, bukan seta ...

konsep #asalberlaki
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:13 PM | Show all posts
kira roti sebelum keluar rumah babi betul laki kau
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:30 PM | Show all posts
kedekut gila!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 19-2-2018 09:13 AM
kira roti sebelum keluar rumah babi betul laki kau

pastu kalau berkulat selepas 3 hari, salahkan isteri tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyoooo... siap kira baki roti lg.. bguslah ko cerai kakkk..silap2 sperm die pon nnt die berkira dgn kau kakk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 19-2-2018 05:57 PM

Klu pompuan melayu mcm sameeha ...
Dah berlambak lelaki melayu kena cerai bkn sbb kedekut je...bewak pulak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 19-2-2018 08:53 AM
Jelaslah wanita Tanah Melayu lebih dahsyat dari wanita Tanah Arab ni. Di Tanah Melayu ni, bukan seta ...

Bukan takat tak beli brg dapur.. jadi punch bag pun masih bertahan you..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 19-2-2018 05:46 PM
Haiyoooo... siap kira baki roti lg.. bguslah ko cerai kakkk..silap2 sperm die pon nnt die berki ...

Suruh dia masukkan satu titik sperm je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bercerai aja la
Kalau makan asas pon berkira
Tang nafsu ko x pikir plak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedekuttnya ya ampun..Bagus pompuan ni minta cerai terus..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 19-2-2018 06:05 PM
Suruh dia masukkan satu titik sperm je.

meols rase setitik pon heols berkira, katenye itupon dh berjuta-juta berudu ad dlm tu..cukuplah setengah titik shj..membazir amalan syaitonnirrajimmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:42 PM | Show all posts
Kedekut betul Pak Aji Bakhil pun tak seteruk ni patut ler kena cerai
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya wanita Melayu. Tetap setia di sisi suami durjana walaupun dipukul separuh mati siap dimadukan lagi

Tapi wanita Arab ni nampaknya lagi bijak bertindak keluar dari neraka rumah tangga sebelum beliau mati kebuluran kerana suami kedekut belikan roti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 06:55 PM | Show all posts
takde gmba bini,
aku rasa ni berita kak hasanah versi arab

manala tau bini tu saiz XXXXXL plus,
si somi cuma nk jaga bini makan,
biar tk mampuskan  psl mknan
punyala syg si somi tu.

lagipun, berita tu
kata2 tu semo dari mulut bini,
mulut si somi tarak plak..

merepek btul
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 19-2-2018 06:55 PM
takde gmba bini,
aku rasa ni berita kak hasanah versi arab


Ada betulnya juga kenyataan bang kelawar. Tapi kejamnya suami nak kawal diet isteri sebegitu sehingga 40 hari tak keluar rumah? :c

Katanya kisah ini dah viral. Kalau hoax mungkin dah keluar statement berita ni palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 19-2-2018 06:41 PM
meols rase setitik pon heols berkira, katenye itupon dh berjuta-juta berudu ad dlm tu..cukuplah se ...

Elok nye tak.payah pancut...takda membazir sperm dia bak kata Imam Syafie...biar bengkak sampai mampus terus
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilaaa kedekut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078790 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list