View: 4131|Reply: 77
|
[Tempatan]
Isu beg berat: Kementerian dah jumpa solution....BUKU TEKS DIGITAL
[Copy link]
|
|
Buku teks digital, yang sedang dibangunkan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masih dalam tempoh percubaan.
Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata pihak KPM sedang mengkaji kesesuaian perisian yang akan digunakan buku teks digital itu, bagi membolehkan ia menggantikan buku teks bercetak yang sedang digunakan pelajar buat masa ini.
“Selain dapat menyelesaikan isu beg berat, penggunaan buku teks digital akan menjadikan pelajar lebih berinteraktif.
“Bagaimanapun kita sedang menunggu impaknya dan kita akan lihat sama ada ia berbaloi atau sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” katanya.
Chong (gambar) berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Persatuan Gabungan Keturunan Cina Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.
Turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Lim Chin Fui.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan MCA negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Chong berkata persiapan partinya berada dalam prestasi terbaik.
"Kalau nak dibandingkan dengan PRU lepas, kali ini kita jauh lebih bersedia untuk menghadapi PRU14. Kita mempunyai satu barisan kepimpinan yang baharu, muda dan dinamik bawah kepimpinan Lim.
"Kita sering mengadakan perbincangan, bengkel dan mesyuarat untuk merapikan lagi kerja-kerja kempen parti," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai video klip kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee yang berjudul 'Like A Dog' baru-baru ini, beliau berharap semua pihak dapat bertenang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk melakukan siasatan terperinci.
"Saya masih belum melihat video itu, bagaimanapun saya menyeru rakyat Malaysia untuk menghasilkan video yang dapat memberi mesej positif,” katanya.
-Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
pakai tablet cap ayam lg ka.... huntunglah kroni moni yea |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jadi ngn makcik pc?idola ngn Jean tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 19-2-2018 11:00 PM
pakai tablet cap ayam lg ka.... huntunglah kroni moni yea
Huntong x hengatt |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 19-2-2018 11:00 PM
pakai tablet cap ayam lg ka.... huntunglah kroni moni yea
Kan Dino kroni untung.. tapi kalau spec cap ayam mcm mana laa nak manfaatkan benda tuh sampai ke tahap maksimum.. contohnya laptop 1 Malaysia tuhh slow bukan main so mcm mana yang pakai laptop tuh nak buat keja? Gila laa wei... nanti cakap kerajaan tak pakai hotak kena kecam pulak... kalau setakat mampu bagi spec cap ayam baik tak payah sbb cuma membazir memandangkan nak guna pun laptop/tab tuh akan slow nak mampus.. |
|
|
|
|
|
|
|
buat ebook la tak payah sebok pasal OS, hardware bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jer pikir nak guna duit rakyat ek. 'Brilliant' idea la kirakan |
|
|
|
|
|
|
|
so budak2 tahun berapa bakal jd bahan eksperimen? |
|
|
|
|
|
|
|
Amazon Fire 7 Tablet baru USD50 sebijik. Cukuplah tu takat nak run ebook, app ringkas. Tapi takleh, nak jugak makan komisen kan? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak idea ni cumanya kesan jangka panjang pada mata kekanak seawal usia sekolah rendah dah strain on the eyes.... |
|
|
|
|
|
|
|
Di satu pihak minta ibubapa hadkan penggunaan gadget oleh anak.
Di satu pihak lagi cadangkan supaya pelajar guna gadget dalam pembelajaran.
Mana satu nak ikut. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rs better sediakan rak berkunci dlm kelas utk pljr simpn buku teks dlm kelas |
|
|
|
|
|
|
|
anakkerengga replied at 20-2-2018 07:06 AM
Aku rs better sediakan rak berkunci dlm kelas utk pljr simpn buku teks dlm kelas
Cadangan u ni lagi bernas. I x setuju budak2 terlalu banyak expose dengan tab/gajet ni. Pengalaman i, anak sulung i mild autisme sebab gajet. Umur setahun (birthday) dia, kami hadiahkan dia tab. Bila tab tu pecah, kami beli tab kedua. Dia juga ada smartphone. Sekarang dah 6 tahun, cikgu sekolah dia bagitau keadaan anak i. So i dah rampas tab tu, smartphone dia i bagi mertua i pakai. Susah nak pisahkan dengan gajet. Dia mengamuk, menangis, merayu semua. I keraskan hati tak bagi. Tapi sekarang dah ok. 2 bulan i pisahkan dengan gajet. Susah payah i tahan perasaan tengok anak memderita berpisah dengan gajet tiba2 nanti dia masuk darjah 1 sekolah guna tab, alahai sia2 la usaha i |
|
|
|
|
|
|
|
Yup.. setuju.. buat locker pun ok.. dan kene ada satu system yang budak2 boleh dapatkan content buku teks maybe online ker.. klu lepas sekolah..
|
|
|
|
|
|
|
|
so tahun bila akan dieksperimenkan bebudak nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah anak aku dah ada locker tu..kene byr setahun $130..rak2 buku and almari dalam kelas pulak parents tong2 belikan..so ringan laa sikit beg budak2 tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
yes. i selalu terfikir why government tak pernaj terfikir nak buat rak/kabinet khas untuk student put their textbooks, baju etc? dari zaman i sekolah lagi, i nak sangat benda ni. kalau nak kata sebab vandalisme, monitor la n put cctv area locker tu. this is much better than providing digital textbook.
|
|
|
|
|
|
|
|
good effort by the school. sekolah mana tu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|