CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3088|Reply: 8

Makan Di Mana?-Soalan Paling Susah Nak Jawab, Kini Selesai Sekelip Mata

[Copy link]
Post time 20-2-2018 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan dari pelbagai kaum yang sedap-sedap. Oleh kerana itu, kita selalu rambang mata dan tidak tahu nak pilih makanan mana yang enak dimakan. Soalan yang kerap kali ditanya oleh orang Malaysia ialah, "makan kat mana?". Boleh jadi gaduh kalau lama sangat fikir. Jadi untuk memudahkan anda semua mencari jawapannya, di bawah adalah beberapa kaedah untuk menentukan lokasi makan paling ideal.


1. Pilih tempat baru



Sumber: duniafarisya.com



Kita ni malas fikir. Maka tak hairanlah setiap kali masuk waktu makan tengah hari, rata-rata rakan sekerja di pejabat akan menghala ke tempat makan yang sama hari-hari. Ini fitrah sebab tenaga yang sepatutnya digunakan untuk berfikir lebih baik digunakan berfikir perkara yang lain selain makan. Untuk memudahkan urusan, apa kata anda dan rakan-rakan meneroka tempat baru. Tempat baru itu kemungkinan jauh sedikit dari tempat asal, tapi berbaloi la juga dari makan di tempat yang sama hari-hari.


2. Pilih 'Ketua Makan'



Sumber: theworkzine.com



Malas nak buat keputusan sendiri untuk makan dengan kawan-kawan? Apa kata anda lantik 'ketua makan' yang akan menentukan lokasi makan korang hari-hari. Tapi bukan ketua yang samalah setiap kali sesi. Pastikan jawatan tu diputar setiap hari dan lokasi mana menjadi pilihan tok ketua kita, kita sokong dan ikut. Ketua juga perlu pastikan makanan dan bajet makan tu kena untuk semua orang. Masalah dengan sistem ini adalah susah untuk pastikan siapa yang sudah atau belum menjadi ketua makan. Sistem paling mudah adalah ikut abjad nama. Senang!


3. Buat 'Roda makanan'


Sumber: 959watd.com


Pernah tengok rancangan 'Roda Impian' di kaca televisyen anda? Kalau pernah, ini adalah cara paling sempoi kalau nak cari 'port' makan bersama rakan-rakan dan keluarga. Hanya perlukan beberapa lokasi restoran atau kedai makan yang disukai oleh ahli geng makan anda dan seorang untuk memutar roda tersebut. Mana-mana lokasi yang terpilih akan menjadi lokasi makan korang untuk hari tersebut.


4. Anjurkan 'liga makanan'


Sumber: ftw.usatoday.com


Ini paling best dan menyeronokkan sebelum memilih untuk makan apa dan di mana. Idea ini diambil dari permainan liga bola sepak yang digemari oleh pelbagai golongan dan peringkat umur. Anda dan rakan-rakan hanya perlu senaraikan 2 perkara. Pertamanya adalah kedai makan dan yang kedua adalah makanan terbaik dalam kedai tersebut. Senaraikan 4 kedai dengan 8 menu pencabar sudah memadai. Cara menentukan siapa yang menang adalah dengan undian oleh semua ahli kumpulan. Makanan yang menang, itulah yang korang isi dalam perut sambil gelak-gelak masa makan.


5. Cabut undi


Sumber: littlequeenstory.blogspot.my


Ini adalah cara primitif tetapi sangat berkesan. Caranya pun mudah. Setiap ahli akan mencadangkan sama ada lokasi ataupun makanan dan ditulis di atas beberapa cebisan kertas yang dilipat dua. Kertas tadi akan diletakkan dalam satu mangkuk dan digaul sehingga sebati. Pilih salah seorang dari ahli kumpulan untuk memilih salah satunya dan lokasi kedai atau makanan yang dipilih akan menjadi menu santapan kalian. Mudah bukan?  -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I biasa jadi yg nombor 2 tu sbb nyampah org dok tanya nk makan mana. Veto titik i bagi. Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
merepek je info terutama yg putar roda buat liga tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan di mulut la!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 07:54 AM | Show all posts
pompuan ajak makan
nak mkn kt mana ye?
hmmmmm
okla makan kat warung....
muka xbleh blah

cakaplah nak makan kat shupping mall
bleh makan kat foodcourt
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 10:39 AM | Show all posts
ini soalan paling susah nak jawap. dalam satu family ada 4 mulut, semua nak makan berbeza.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2018 12:18 PM | Show all posts
susah oo soalan ni.. kalah soalan kbat....sama ada bnyak sgt pilihan atau duit tgh banyak.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 11:41 AM | Show all posts
hari-hari akan tanya soalan ni. nak makan kat mana..sudahnya member jawab makan kat mulut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 03:11 PM | Show all posts
susah rupanye nak makan ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068604 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list