CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6640|Reply: 73

[Tempatan] Terkini! Bukti Pelajar ‘WAJIB’ Membeli Tiket Filem Badang Untuk Markah?

[Copy link]
Post time 20-2-2018 04:03 PM | Show all posts |Read mode





Sebelum ini ada keluar dakwaan bahawa pelajar dari salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di’paksa’ membeli tiket untuk Tayangan Perdana Filem Badang.

Viral di media sosial, luahan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mendakwa mereka telah dipaksa untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga ada sesetengahnya terpaksa mengeluarkan wang belanja sendiri.

Menurut Aye (@jajingyulah), yang memuat naik dua gambar luahan berkenaan juga mendakwa mereka dipaksa menonton filem Badang yang dilakonkan oleh jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.

“Kami dipaksa untuk menonton filem Badang yang dilakonkan oleh Aliff Syukri,” – Aye.


“Apa perasaan korang kalau kolej atau universiti korang buat event, tapi korang as a student gak kena keluar duit? Kalau sikit-sikit takpe, ni banyak babe! Alasan kena bayar sebab kedatangan kelas dan markah.

“Aku tak pernah ponteng kelas weh! Takkan sebab tak bayar benda alah tu, akan effect kedatangan aku yang selama ini perfect? Aku pening ah? Aku masuk universiti sebab nak belajar, bukan untuk menampung ekonomi universiti doh.

“Tolonglah faham, aku ni student. Nak makan pun duk berkira-kira duit. Ini dah nak kena bayar itu ini alasan support faculty. Faculty ada support aku as a student masa kitorang susah nak makan pun takde duit? Ada? Jangan harap.

“Kami dipaksa beli tiket yang berharga RM15 semata-mata atas dasar ‘menyokong fakulti’. Tetapi mengikat kami dengan ‘class attendance and assignments’.

“Kami dipaksa menjadi crew atas dasar untuk memenuhi kewajipan subject. Kami dipaksa menjual tiket dengan alasan untuk menambah markah ujian. Kami dipaksa hadir ke ujibakat choir atas dasar kelas ganti yang langsung tiada kaitan.


“Bukan tak nak support, tetapi kalau setiap sem duit dikikis atas dasar ‘attendance and assighnment’, habislah duit saya. Harga tiket mahal, standard wayang pun baru RM9.

“Saya sebagai pelajar sedih dan kesal. Tiada dana untuk kami, semuanya hasil sendiri dan setiap benda kami keluarkan duit walhal barang-barang keperluan yang sememangnya harus disediakan tidak ada untuk kami. Bagaimana kami pelapis baru anak seni ingin bangun dan meningkat?

“Help us spread our voice. We just want education, we want to succeed. We don’t want coercion, just chances,” kata kenyataan yang dikongsikan oleh Aye di akaun Twitternya.

Sementara itu, netizen juga berkongsikan pengalaman yang sama di mana mereka juga dipaksa menonton filem Chowrasta.

Sumber: Aye  via The Reporter





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 04:06 PM | Show all posts
aku zaman belajar dulu pun ada kena paksa beli buku tulisan lecturer tu, buku tesis dia, org ckp sbb nk dptkan prof. madya tu kena buku tu terjual sekian2. Ntah betul ke idok teori tu.
Tapi mmg buku tu pakai sekali jela utk buat assignment dia, pastu xsentuh lgsg.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:09 PM | Show all posts
Bangang      
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:14 PM | Show all posts
Star_el replied at 20-2-2018 08:06 AM
aku zaman belajar dulu pun ada kena paksa beli buku tulisan lecturer tu, buku tesis dia, org ckp sbb ...

khenzzz?? pastu kena beli buku yang genuine copy lak tu.. fotostat punya tak boleh!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:20 PM | Show all posts
nasib la.. dah dekan korang pengarah filem bodoh tu. aku pun pelik camne dia boleh jadi dekan sedangkan filem dia semua sampah. apa kualiti sebenar fakulti korang ni dik?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela wajib join event. Kalau tak turun, nanti warden matikan suis letrik. Bergelap dan berpanas lah dalam bilik senyap2. Tapi i tak pernah plak keluar duit kena paksa beli itu ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2018 04:26 PM | Show all posts
Star_el replied at 20-2-2018 04:06 PM
aku zaman belajar dulu pun ada kena paksa beli buku tulisan lecturer tu, buku tesis dia, org ckp sbb ...

nak dapat prof. madya tu tak kira buku terjual atau tak. yang penting ade publication. tak kira la buku ke jurnal ke. yang penting publication.

dalam kes ni, iolss sangat2 pasti lecturer tu nak kejar royalti. royalti ni penerbit bagi untuk setiap naskhah terjual. kalu dah satu sem tu ade beratus-ratus student mahu tak kaye lecturer. tu baru satu buku. lecturer tu pulak penerbit tolak dengan harga diskaun 35-40%. so dia jual kat student fixed price tanpa diskaun. untung dapat, royalti pon dapat. masyukkkkkk...ujung taun tukar kete, henbeg LV
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pernah bc je thread ni...tp klu nota ke buku ke bole la dikatakan sejenis ilmu walauponn...klu filem badang sejenis apoooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti lah angin kena paksa tonton filem bodoh yg merendahkan tahap pemikiran
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:31 PM | Show all posts
ala bese la ni kita student pk nak lulus jah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:37 PM | Show all posts
agaknye ms tgk dlm panggung tu perasaan dia sgt xrela ibarat dirogol beramai2
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:42 PM | Show all posts
Cite kalau bagus takpe la gak. Tapi kalau sampah camni membazir jer bayor. Igt students takde benda lain ke nak buat,dipaksa plak  pegi tgk filem badang tu??? Si Aliff tu kan kaya, suruh jelah dia beli semua tiket satu Malaysia ni!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:49 PM | Show all posts
camne la U tuh menilai pengarah sampah nih smp blh jadi dekan...... adoyaiiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2018 04:50 PM | Show all posts
Edited by chacon at 20-2-2018 04:51 PM

INI UPDATE TERBARU BERSERTA BUKTI YANG BARU SAHAJA DIVIRALKAN


Pengguna Facebook yang bernama Asrul Muzaffar Mohammed telah mengeluarkan satu status “Benarkah pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM dipaksa membayar tiket untuk menonton BADANG atau mana mana filem produksi Dekan mereka? (2018)”. Rata rata mendapat kencaman teruk terhadap filem itu dari pelajar dan alumni IPTA itu sendiri. Bukti disediakan yang menunjukkan memang mereka perlu menonton filem Badang lakonan Aliff Syukri itu.


Ini antara komen komen terdapat pada facebook.

“kalau perasan kan,pelakon2 taraf antarabangsa semuanya turun padang promosi filem sendiri tak kiralah dia ke,member dia yang lain ke mesti akan ramai yang support tapi cuba tengok pelakon Badang,siap sempat bercuti kat London”

“Wajib dengan pemberian markah….agak celaka jugak cara nak dapat carry mark kalau dipaksa sampai macam tu sekali”

Ada juga yang menganggap ini bukan satu paksaan tetapi untuk memperolehi markah extra dalam pembelajaran mereka.

“I as ex student FiTA would say it’s not PAKSA but it’s up pada student untuk pergi menonton because somehow the film will be one fo your assessment to get your carry marks. As we as film students memang ada subjek that need us to analyse any film eg cinematography, cgi effect blablabla.”


BUKTI YANG MENUNJUKKAN MEREKA PERLU BAYAR



Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat nya. ....dahmacam umno main paksa2 staff gomen undi BN..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:51 PM | Show all posts
kesian dekat student dapat lecturer and universiti mcm ni.
Penindasan betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 04:59 PM | Show all posts
chacon replied at 20-2-2018 04:50 PM
INI UPDATE TERBARU BERSERTA BUKTI YANG BARU SAHAJA DIVIRALKAN

i beg to differ what the alumni of the faculty said..yang ini bukan paksaan. bukankah dengan menyuruh student beli tiket pra-tayangan filem n letak dalam carry mark tu tak bermaksud memaksa? aku bukan from faculty FITA, tapi aku pernah bersama-sama duduk di puncak perdana satu masa dulu sewaktu FITA masih bergelar Fakulti Seni Persembahan. yes, memang selalu ada pra-tayangan camni, tapi terpulang pada student nak pergi ke tak. mostly pergi la sebab pelakon akan turun sekali.. n fakulti aku pun ada juga subjek untuk review n movie critic...tapi lecturer kami tak pernah pula wajibkan student untuk pergi pra-tayangan semua ni. kami tengok movie dalam kelas je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sian budak2 belajar
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak.mana cukup duit kut nak bayar gaji pelakon krew semua. ...duit student ni la kut
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pulak tak dipaksa? Aku ex student budak teater dari sebelum pindah puncak lg berkurun dok stadium. Masa part 1 mmg bebudak ni wajib beli tiket. Mmg kena buat assigment ttg filem yg ditonton. WAJIB ok. Kalau ko tak pegi mmg kena sound dgn senior senior.  Kena jadi kuli batak jugak dalam menjayakan tayangan ni. Dah la sakit mata tgk kat screen murahan. Kena paksa beli tiket. Tapi dulu rasanya murah sikit kot. Tak lah mahal rm15.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.064741 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list