CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5000|Reply: 28

Edisi artis kahwin: Kini giliran Dynas Mokhtar akan kahwin dengan tunangnya 21 A

[Copy link]
Post time 20-2-2018 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Dah nak kawin kali kedua Dynas Mokhtar ni... Iolssss baru tahu yang dia dah bertunang tahun lepas

Dynas Mokhtar Bakal Kahwin Dengan Tauke Ayam 21 April Ini

Pelakon Dynas Mokhtar bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, seorang pengusaha ayam, Shazrik Din, 36, pada 21 April ini.

Menurut selebriti berusia 35 tahun itu, majlis ijab kabul akan berlangsung di kediaman keluarganya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Menjelang detik hari bahagianya itu, Dynas memberitahu bahawa setakat ini semua persiapan perkahwinannya sedang giat dijalankan.
“Persiapan setakat ini sudah hampir selesai. Cuma ada beberapa perkara saya peruntukkan untuk buat saat-saat akhir seperti hantaran dan busana pengantin. Persiapan seperti dewan, menu, tema dan kad perkahwinan sudah diedarkan.

“Walaupun ini merupakan perkahwinan kedua saya, tetapi perasaan gemuruh itu tetap ada. Saya dan Shazrik mahukan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna,” kata Dynas ketika ditemui KopiPlanet.com di 4Play Seafood & Co., Publika hari ini.

Pelakon filem Tombirou itu berkata, dia memilih tema less flower bagi meraikan majlis resepsinya yang akan diadakan pada 28 April di Dewan D’Anjung, Kota Damansara dan Hotel Shangri La, Kuala Lumpur pada 5 Mei ini.

“Untuk majlis resepsi nanti, saya guna tema less flower dan ingin lebihkan kepada penggunaan kaca dan lilin untuk dekorasi.

“Saya teruja akhirnya hubungan kami berakhir ke jinjang pelamin. Ia pastinya akan menjadi satu memori yang indah buat kami sekeluarga,” kata Dynas yang mengenali bakal suaminya itu sejak 19 tahun lalu.

Dynas bertunang dengan Shazrik pada 26 Oktober tahun lalu di Shah Alam.

Sebelum ini, Dynas pernah berkahwin dengan Mohd. Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008, namun mereka bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6 tahun. – KopiPlanet.com


sumber: www.kopiplanet.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 04:39 PM | Show all posts
geli jek nak gementar bagai, bukannya first wedding pun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:53 PM | Show all posts
semoga berkekalan till jannah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Waa tahniah! Suka tengok org bina masjid ni.. Moga berkekalan kali ni tak sabar nk tgk gamba kawin nt
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy 4 u
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. Kena belajar bagi ayam mkn lps ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2018 05:18 PM | Show all posts
Tahniah, selamat pengantin baru.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:18 PM | Show all posts
CONGRATS!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ada tak pic laki sheols? helok ke idokk?? kalau laki lalu hazab sangat rupa nya dek
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:21 PM | Show all posts
wah tokey ayam..mesti door gift nnt dia bg sorg sekor ayam bawak balik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:22 PM | Show all posts
Changa replied at 20-2-2018 05:21 PM
ada tak pic laki sheols? helok ke idokk?? kalau laki lalu hazab sangat rupa nya dek

rasanya selalu je dorang ni lepak geng2 dgn schawal tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia ni helokkk. Tp x sangka pulak tokey ayam. Too helok to be tokey ayam

Ps- tokey ayam kaya ok skrg (kang ada pulak yg hencap iolss. Huhuh)
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats. Happy baca good news macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 05:57 PM | Show all posts
tahniah ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
beeeee replied at 20-2-2018 05:22 PM
rasanya selalu je dorang ni lepak geng2 dgn schawal tu

Dynas bff awal, mmg slalu deme lepak sekali
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex laki sheols dulu katanya biawak hidup.. Betul ke
Kalo dpt yg baru ni,ada gak la bisnes sendiri ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 06:10 PM | Show all posts
kenduri wat ratah ayam goreng berempah dah la.... nasik2 x yah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh congrats dynas. Moga kekal lah yg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Baca artikel je pun dah boleh gambarkan keterujaan dia. Moga bahagia hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm nampak busuk lately. Maybe aku tgk dlm drama Syurga ke 2 tu je kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.101959 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list