CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6641|Reply: 91

[Tempatan] Pesakit kencing manis di Malaysia meningkat ke 3.6 juta

[Copy link]
Post time 20-2-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
February 20, 2018
Pesakit kencing manis di Malaysia semakin meningkat
Bernama

Sebanyak 3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis dan jumlah itu semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan yang dilaksanakan menerusi program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

“Jika kita perhatikan, walaupun tidak makan benda manis, ramai antara kita yang cenderung mengambil minuman manis sama ada tin atau botol, yang semuanya tinggi kandungan gula.


“Kita mahu menggalakkan masyarakat agar menukar gaya pemakanan ‘suku suku separuh’ serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjalan 10,000 langkah sehari, berjoging, mendaki, berbasikal dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pahang (Zon Barat) di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Kesihatan negeri Dr Sha’ari Ngadiman.

Dr Hilmi turut mengingatkan mereka yang menjual produk makanan tambahan untuk tidak mempromosi kononnya ia boleh mengubati penyakit kronik kerana perkara itu perlu dibuktikan terlebih dahulu menerusi kajian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
minum milo anda jadi sihat dan kuat...jgn lupe tmbh susu pekat juga... Bekalkan tenaga!



Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 20-2-2018 07:16 PM
minum milo anda jadi sihat dan kuat...jgn lupe tmbh susu pekat juga... Bekalkan tenaga!

Apa doe ko merepek
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 20-2-2018 07:18 PM
Apa doe ko merepek

*read between the lines
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la
Iols pon takut juga ni kena diabetis
Jaga jaga aje makan.walaupon ada juga terbabas
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow ! 10 peratus rakyat kena kencing manis ..termasuk aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2018 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents i...makcik pakcik semua diabetic. So i dah start tukar diet, buat kopi no sugar tapi letak fresh milk, sekarang ni slowly nak ajar diri minum black tanpa milk. Tapi sweet tooth tu ada nak makan ice cream and cake...tu yang bahaya tu. Lagi satu i nampak orang kita masak lauk pun letak gula. Itu lagi bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis dah kau jugak buat susu jadi mahal orang kena minum susu lain yg byk gula dan lemak bodoh. Bagi la subsidi pada susu buah2 beri beras kurang kanji mentega klu betul nk rakyat sihat. Ni bergasak la salahkan rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 10:36 PM | Show all posts
hari hari cheat day dah macammana nak sihat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka juga makan cake tapi sekali sekala lah.

Bulan 12 aritu check semua ok saja....doktor kata banyakan minum air sebab kencing ada darah.

Tapi bukan sebab kurang minum air kot...tapi sebab kuat melan%$#
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 11:09 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 20-2-2018 11:04 PM
Iols suka juga makan cake tapi sekali sekala lah.

Bulan 12 aritu check semua ok saja....doktor ka ...

ko ni betul ke tak jumpa doktor?kencing berdarah tu kot buah pinggang ke hape.ada ke suruh minum air je?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 20-2-2018 11:09 PM
ko ni betul ke tak jumpa doktor?kencing berdarah tu kot buah pinggang ke hape.ada ke suruh minum a ...

Entah la doktor hospital gomen sis.

Tapi memang kat salur ureter tu ada bengkak sikit.

Rasanya darah dr situ kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:06 AM | Show all posts
air masin manis bertoksik perlu dikeluarkan dari badan melalui kencing dan berpeluh.malas bersenam pi masuk sauna.minum air banyak2 dan kencing, makan pahit2. kurangkan minuman bertin bergas, ada ramai kawan2 muda2 sudah kencing manis asik makan mekdi seminggu 2 kali, asik minum air gas  aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala perubatan kat Malaysia kan ada subsidi takder hal la
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 21-2-2018 12:50 AM

Makan probiotic boleh rawat diabetis.

Iols suka makan budu....sebelum makan...makan nasi campur budu dulu

Sebelum tidur buat senaman abs crunch...
Bangun tido buat abs crunch dan push up
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 21-2-2018 12:06 AM
air masin manis bertoksik perlu dikeluarkan dari badan melalui kencing dan berpeluh.malas bersenam p ...

Air gas takde masalah, kokesen tu hari2 minum club soda/perrier/seltzer water, tapi bila dah dicurah gula tu jadi mudarat macam coke/pepsi/fanta/mirinda semua tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 21-2-2018 12:47 AM
Makan probiotic boleh rawat diabetis.

Iols suka makan budu....sebelum makan...makan nasi campur b ...

Budu banyak sodium, masalah lain pula ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Barang2 tenusu import bagi la subsidi.. atau cari jln supaya susu dapat harga murah... ini sumber kalsium utama tapi mahal nak mampus... buah2 import beri kiwi tu... ni cakap modal air liur je apa perubahan yg ko buat utk rakyat ha?
Hujung2 rakyat kena marjerin nak buat biskut raya supply kat open house yg serve kau
Kau jugak yg makan trans fat banyak2.. rasainnn... hahahaa
Peh tu bergasak suruh rakyat makan buah2an bermusim sebab murah kan? Habis ko ingat mkn durian rambutan mangga tu boleh cegah kencing manis ke?? Itu semua byk gula ada ko tahu?
Habis nak sihat dan rendah kalori kena mkn buah berri... kiwi... tu semua import... kau suruh kitorang hadap buah2 biasa memang gemuk la.. ko ingat buah zero kalori ke?
Benci modal air liur mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 20-2-2018 08:35 PM
Parents i...makcik pakcik semua diabetic. So i dah start tukar diet, buat kopi no sugar tapi letak f ...

Gula tu penting untuk bagi seimbang rasa sista terutama untuk masakan pedas Melayu/India.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 07:42 AM | Show all posts
selayaknyalah
pagi pekena teh tarik
tghari pekena sirap bandung
petang teh tarik
malam teh tarik mamak buih tinggi lagi

tiap tiap hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.553976 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list