CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2797|Reply: 2

PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BA

[Copy link]
Post time 20-2-2018 07:25 PM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Jika anda peminat lagu Dikir Puteri nyanyian Diva Irama Malaysia/Pop Etnik Noraniza Idris. pastinya anda tahu yang lagu Dikir Puteri sememangnya amat popular di Thailand. Lagu ciptaan Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun sudah popular sejak tahun 1998 lagi. Terdapat  banyak versi lagu Dikir Puteri di Thailand dan kebanyakannya berentak Dance Music remix, Hip Hop Remix dan banyak lagi.



Beberapa tahun lepas, ada sekumpulan peserta tarian Thailand bertanding di dalam pertandingan tarian di negara mereka dengan menggunakan lagu Dikir Puteri sebagai lagu iringan tarian mereka. Terbaru, rancangan popular Thailand iaitu The Voice Thailand juga turut menampilkan lagu yang sama apabila peserta pertandingan ini iaitu Pathita dan Saran menyanyikan lagu Dikir Puteri dengan caranya tersendiri. Walaupun ada pelat Siam dalam nyanyian mereka, namun, persembahan mereka dengan siap berpakaian baju kebaya dan baju Melayu ini sangat mengagumkan dan patut diberi pujian. Lebih menarik lagi, rap dalam Bahasa Thailand turut dinyanyikan di dalam lagu ini sebagai satu bentuk improvasi kepada persembahan  hebat mereka. Kumpulan tarian yang mengiringi persembahan ini  ialah Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand.

Jika mahu baca dengan lebih lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>
The Voice Thailand Dikir Puteri


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 07:44 PM | Show all posts
wow
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 10:05 AM | Show all posts
Lagu DSCT Nirmala Popular di Indon.. Lagu Kak Ani Dikir Puteri Mendonia di Siam.. Tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.082959 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list