Padah Buat Seks Tak Mati Enjin Kereta
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/20/seks-dalam-kereta/
Diterbitkan: Selasa, 20 Februari 2018 1:43 PM
SEORANG lelaki dan wanita ditemui mati bogel di dalam kereta dipercayai lemas selepas menghidupkan enjin kereta untuk mendapatkan suhu panas semasa melakukan hubungan seks.
Mayat lelaki berusia 39 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun ditemui oleh polis dalam garaj berkunci di bandar Bottrop di negara barat Jerman.
Penyiasat berkata pasangan berkenaan yang namanya belum didedahkan, dipercayai telah menghidupkan enjin kereta untuk mendapatkan haba panas, menyebabkan mereka mati lemas.
Tiada siapa menyedari enjin kereta itu telah dihidupkan selama berjam-jam di dalam garaj besi yang terletak di belakang sebuah bangunan komersial itu.
Polis membuka pintu garaj kerana keluarga lelaki itu melaporkan bahawa dia hilang selama beberapa hari.
Sementara itu, pegawai-pegawai di bandar itu juga telah memulakan siasatan ke atas kehilangan wanita terbabit secara tiba-tiba.
Polis berkata tiada bukti jenayah ditemui tetapi para saintis forensik berusaha untuk menentukan apa yang berlaku.
Ujian sedang dijalankan untuk menentukan tahap karbon monoksida dalam darah pasangan.
Jurucakap polis berkata: "Pada masa ini semua bukti menunjukkan ia satu kemalangan.
"Untuk merungkaikan semua keraguan, pendakwa awam mengarahkan autopsi dilakukan ke atas mayat." -Mirror |