View: 3103|Reply: 11
|
Persis Makcik Bawang, Bagaimana Nak 'Handle' Netizen Bermulut Celupar
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Kata-kata umpama ‘lidah lebih tajam daripada pisau’ selalu kita dengar untuk menggambarkan betapa padu dan pedihnya kata-kata seseorang kepada seseorang yang lain sekiranya dilakukan dengan perasaan marah, benci, sakit hati serta diadunkan dengan maksud kata yang menyakitkan hati. Kesakitan yang dirasai mereka yang mendengar atau yang ditujui itu diumpamakan lebih teruk daripada ditusuk dengan pisau.
Kini, kata-kata tajam ini tidak hanya berlaku secara berhadapan tetapi ia dialihkan dalam bentuk penulisan di media sosial. Semakin hari semakin ramai yang mudah menabur kata tanpa berfikir impak dan kesan kepada mereka yang ditujuinya itu. Lebih menyedihkan kata-kata atau komen yang diberikan tidak ditapis sebelum itu dengan fakta-fakta sebenar atau tidak dirujuk secara baik untuk pastikan kata-kata atau komen balas yang bakal diberikan benar-benar tepat.
Maka, lahir satu label baru iaitu ‘Netizen’ yang mana maksud sebenarnya adalah masyarakat tempatan namun pada perspektif umum ia adalah sikap, sifat dan perlakuan negatif daripada sekelompok orang ramai. Sering kita dengar nada seperti ini apabila membaca komen-komen tertentu di laman sosial,
“Biasalah..netizenkan..xtau apa2, main nak komen je..mcm bagus.”
Secara tidak langsung, perkataan Netizen itu menjurus kepada maksud yang negatif. Dan perlakuan ini jika tidak diubah mampu membentuk kumpulan masyarakat yang tidak bersatu dan tidak menghormati antara satu sama lain.
Jadi, di sini saya ingin menyenaraikan kesan kepada diri sendiri dan kepada masyarakat secara umum jika kita tidak bijak menggunakan kata-kata dalam menyampaikan atau memberi komen kepada sesuatu perkara.
Kesan kepada diri sendiri
1) Melemahkan kekuatan dalaman dan keyakinan diri kerana terlalu asyik menanamkan perasaan benci dan sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.
2) Akan mula dibenci orang ramai dan rakan-rakan semakin menjauhi daripada mereka yang terlalu negatif ini.
3) Kata-kata dan komen seolah-olah menjadi Profil Diri dan ini menggambarkan karaktor diri masing-masing. Jika elok kata-katanya, maka eloklah peribadinya, begitu juga sebaliknya.
4) Memperlihatkan betapa rendahnya tahap pemikiran seseorang jika mudah memberi komen tanpa mengetahui atau meneliti sepenuhnya sesuatu fakta itu.
5) Juga memperlihatkan tahap rendahnya kematangan seseorang apabila mudah menghentam bicara seseorang tanpa soal selidik.
Kesan kepada masyarakat
1) Membantutkan penyatuan masyarakat secara sempurna.
2) Membentuk masyarakat yang padat dengan fitnah dan kebencian
3) Kerendahan moral semakin menjadi-jadi.
4) Generasi muda semakin galak mengkritik dan tidak menghormati orang lain.
Foto Carian internet
Makanya, adalah lebih baik kita mengambil kira beberapa perkara penting sebelum terus melontarkan kata-kata. Antaranya :
1) Meneliti sepenuhnya tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibaca sebelum melontarkan pandangan.
2) Jaga bahasa dan elakkan provokasi.
3) Sebelum berbicara lihat juga perspektif orang lain kerana ia akan mmbantu kita dalam meluahkan sesuatu dengan lebih baik dan lebih memahami.
4) Positifkan diri agar hati sentiasa tenang dan bersangka baik.
5) Sentiasa berdoa akan kesejahteraan dan sentiasa memaafkan orang lain.
Kesimpulannya, usah jadikan bicara kita bisa kepada orang lain tetapi jadikan bicara kita satu penghargaan yang indah kepada semua. InsyaAllah.
Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap yang baik baik,fikir yang baik baik,tulis yang baik baik.Hati pun senang |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum komen ape2 sentiasa la berfikiran positif dan letakkn kite di tempat org yg di komen. kadang2 yg komen tu ikut sedap mulut je |
|
|
|
|
|
|
|
Saranan dah baik tapi tak pasti masyarakat akan mengikuti apa yang disarankan. Cara seseorang tu dibesarkan dan factor sekeliling banyak mempengaruhi sikap seseorang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
D group whatapps. Bila satu ahli sharing itu ini atau ilmu yg ada. Akan ada makcik bawang halia mgumpat kata org tu mgada2. {:laugh
Maka dalam diri sakit ati sbb org lebih dr dia. Dengki bila ada yg lebih berada dr dia. In the end dia remove sesiapa yg lebih baik berilmu dan berada. Tinggal d group org2 dia saja. Aku pun left jgk akhirnya. Hahaha rimas hari2 baca dia kutuk org yg x bdosa kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sebonar eh makcik bawang ni? tak paham den |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang nih bukan stakat fitnah je masuk ke umah... sumer benda negatif masuk umah lalu media sosial.. mintalah dijaga hati nih |
|
|
|
|
|
|
|
makcik suko makan bawang kot
|
|
|
|
|
|
|
|
kambinggila replied at 23-2-2018 04:28 PM
apa sebonar eh makcik bawang ni? tak paham den
Macik yang sambil potong bawang masa merewang kenduri, sambil mengumpat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Humang aiii. lopeh duo tahun baru ko reply?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by spankee_fili at 7-2-2020 04:34 PM
kambinggila replied at 7-2-2020 10:44 AM
Humang aiii. lopeh duo tahun baru ko reply?
Oh jem! Dah banyak tahun tak masuk forum, baru nak backlog thread..
Bertabah ye kalau dapat noti.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|