Filem yang sedang diperkatakan orang ramai sekarang ini, Black Panther rupa-rupanya ada sedikit dimasukkan unsur persilatan di dalamnya.
Rahsia itu didedahkan sendiri oleh pelakon utamanya, Chadwick Boseman yang membawa watak adiwira T’Challa. Menurut Boseman, selain seni bela diri yang lain, dia turut mempelajari silat bagi adegan pertarungan dalam filem tersebut.
Keunikan aksi yang dilihat di filem itu adalah hasil inspirasi pengarah filem tersebut, Ryan Coogler. Menurut Boseman lagi adegan lawan di dalam filem berkenaan adalah hasil kajian yang dilakukan ke atas seni bela diri dari seluruh dunia.
“Banyak perbincangan kami lakukan dalam menghasilkan koreografi menarik adegan lawan. Ia melibatkan gabungan gaya pertempuran seni bela Brazil, capoeira yang dihubungkan dengan bentuk seni Afrika iaitu Angola dan juga tinju Dambe serta gusti Senegal.
“Juga aksi pertempuran menggunakan kayu Zulu dan juga aksi mempertahankan diri Asia Tenggara seperti Muay Thai dan Silat Harimau bagi mereka satu identiti warisan fiksyen kaum Wakanda,” katanya kepada akhbar tersebut.
Sebelum ini Boseman pernah menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang mempertontonkan aksinya sedang berlatih satu adegan lawan yang seakan-akan silat.
Foto: Carian internet
Sementara itu, kelibat Boseman, 40 akan dapat dilihat tidak lama lagi kerana dia akan kembali melakonkan watak T’Challa dalam filem Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan pada Mei depan. - CARI
antra filem marvel yg tk masuk senarai nak tgk....sb zaman komik dulu pun tk brp belek cerita hero ni...anggap sebgaiwatak sampingan kpd hero2 lain je...
Post time 23-2-2018 04:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CiliPadiSedap: badang belajar seni perancis tarian bele q5kbC7Dv2jo kalau jadi badang tapi menari tarian beley AMBOIkalau suara kepit tapi hendak jadi badang AM ...
Post time 23-2-2018 04:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
My doter kata berbaloi tgk..sgt2 best..
I baru nak gi tgk esok..
Ni ada komen jumpa kat FB..sila baca sampai abis {:hero
Akhirnya, filem adiwira yang diterajui oleh Dato Aliff Syukri telah ditayangkan di pawagam. Walaupun ramai haters dan pengomen2 negatif mengutuk usaha murni DAS, saya bertekad memberi penilaian mengikut tontonan saya sendiri.
MEMANG PUAS HATI!!!
Special effects yang ada bukan sahaja setanding tetapi jauh lebih baik daripada yang ada dalam filem Hollywood. Ia mempersembahkan visual CGI yang amat mantap dan realistik.
Rekabentuk persekitaran, kenderaan, senjata dan kostum juga futuristik. Ia menonjolkan daya kreatif yang amat tinggi.
Lakonan mantap semua pelakon2 penuh emosi berpandukan skrip yang telah digubal dengan jayanya.
Dan yang surprising, filem ini mempunyai mesej! Filem ini menyentuh kesan kolonialisasi kepada negara2 dunia ketiga, peranan negara2 maju dalam membantu negara2 lain serta isu imigrasi global. Memang mesej2 yang disampaikan amat deep dan mencerminkan isu2 dunia kita pada hari ini.
Secara keseluruhan, saya berikan filem Badang... "5 BINTANG"! Syabas Dato Aliff Syukri dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Semoga ia menjadi rujukan kepada industri filem Malaysia untuk menghasilkan filem2 berkualiti di masa hadapan!
Edited =
Ralat: Mohon maaf. Saya telah membuat kesilapan dalam review filem saya. Oleh kerana tergesa2, saya tersilap masuk dewan pawagam dan sebenarnya ternonton filem "Black Panther" dari Marvel Studios... bukan filem "Badang".
Post time 23-2-2018 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
multinicky: best x film ni?? any review?? worth it or not to watch?
{:spec
Best jgk....ko follow ke x follow mcu ko still akan faham cerita ni sbb cite ni original..ada la selit seketul dua scene dr captain america civil war...n dia ada sebut gk psl bucky ...suit dia smart gila...kalah badang yg cam haram tu... n menarik sbb scene dia ala2 penuh tradisi gitu walaupon fiksyen je
hari ni nak pi tengok Black Panther.
malu la oi, org luar belajar silat, study macam2 martial arts.
tapi orang melayu buat filem superhero sampah macam Badang.
yang paling sadis direktor filem adalah dekan universiti taraf professor.
cuba bayang kan, kalo level dekan buat filem pun level sampah.
apa kan lagi anak murid universiti dia.
industri filem melayu semakin kelam for the next generation.
hanya mampu buat filem cinta lemau dan lawak bodoh.