Sesiapa sahaja pasti akan berasa gembira jika menerima sejumlah wang apabila berjaya menjawab soalan teka-teki.
Begitu juga dengan perasaan seorang gadis di Twitter (@FieAriffin) yang berasa teruja dan terkejut apabila pemandu Uber yang dinaikinya memberitahu bahawa dia akan mendapat duit sekiranya berjaya menjawab soalan teka-teki diberi.
Pengalaman itu dikongsikan graduan universiti tempatan berkenaan menerusi laman Twitter.
Antara soalan diajukan oleh pemandu tersebut adalah di manakah kelebihan surah al-Fatihah. Pada mulanya, Fie tidak dapat menjawab soalan itu dengan betul, tetapi pemandu berkenaan tetap memberikan beberapa klu untuk Fie.
Soalan pertamanya itu bernilai RM2
Dapat RM5 untuk dia soalan! Dahlah naik percuma...
Setibanya di fakulti gadis itu, pemandu tersebut memberikan RM5 kepada Fie kerana berjaya menjawab dua soalan teki-teki daripadanya.
Pada mulanya Fie agak berat hati untuk mengambil duit tersebut kerana dia mengguna promocode untuk menaiki Uber berkenaan, tetapi pemandu terbabit tetap berkeras memberikan duit itu kepada Fie.
Daripada tweet Fie ini, rupa-rupanya ramai netizen lain pernah menaiki kereta pemandu Uber ini dan ditanya soalan teka-teki yang lebih kurang sama. Bahkan, ramai juga memuji cara lelaki itu berdakwah dan berkongsi ilmu dengan orang ramai.
Foto: Twitter
Oleh itu, kepada anda yang sering menaiki Uber doa-doalah dapat menaiki kereta Uber Myvi Putih yang dipandu oleh lelaki ini. Dapat duit dan mudah-mudahan, juga ilmu dalam masa sama. - CARI |