Arghh! Rasa nak marah saja kalau tengah sakit gigi. Janganlah menduga mood mereka yang sedang mengalami sakit gigi. Kalau tak kena gaya, boleh makan 'penampar' dibuatnya!
Foto: fullfitsure.com
Mana taknya, bukan sahaja gigi terasa sakit, malah ia bagaikan menjalar ke seluruh tubuh rasa sakitnya itu. Bikin emosi saja!
Foto: Gfycat
Pernahkah anda menyangka bahawa sapuan kacang mampu membantu mengurangkan sakit gigi?
Menurut Boldsky, kacang bersifat analgesik dan antiinflamasi, sekali gus boleh membantu mengubati rasa sakit gigi.
Foto: BT.com
Caranya, ambil satu sudu teh sapuan kacang dan sapukan pada gigi yang sakit bagi mengurangkan rasa sakit yang sangat mengganggu. Selain sapuan kacang, ada empat bahan semula jadi yang ternaya berkesan meredakan kesakitan pada gigi anda.
1. Garam
Foto: ThoughtCo
Kumur air larutan garam (guna air suam) untuk meredakan sakit gigi. Selain mengurangkan sakit gigi, nutrien serta antioksida dalam garam berkesan mengurangkan pembengkakan dan melawan bakteria yang menyebabkan gigi sakit.
2. Limau nipis
Foto: StyleCraze
Kandungan vitamin C yang tinggi bermanfaat meredakan nyeri serta radang pada gigi mahupun gusi. Caranya, sapu jus perahan limau pada gigi menggunakan kapas bersih.
3. Bawang putih
Foto: Healthline
Bawang putih membantu membunuh bakteria serta virus menyebabkan gigi sakit. Anda hanya perlu hiris atau hancurkan bawang putih sampai lumat sebelum disapu pada gigi yang sedang menyeksa jiwa raga anda. Biarkan selama 10 minit sebelum berkumur.
4. Cengkih
Foto: Intisari Online - Grid.ID
Kalau nak tahu, cengkih mengandungi zat antiinflamasi, antibakteria serta antioksida. Malah, ia turut mengandungi zat anestesia yang membantu meredakan rasa nyeri pada gigi.
Caranya? Mudah saja! Tempelkan saja cengkih pada gigi yang sakit atau lumurkan ia dengan serbuk cengkih.
Foto: Dentamax
Bagaimanpun, harus diingat bahawa cara ini hanya bersifat sementara. Cara terbaik adalah memeriksa gigi dengan pakar dan mendapatkan rawatan sepatutnya. - CARI |