CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1952|Reply: 5

Bila Budaya 'Copy&Paste' Dianggap Biasa Pada Hari Ini..

[Copy link]
Post time 26-2-2018 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Dunia informasi bukan seperti dulu. Kini amat mudah untuk menulis dan menyalin teks orang lain lalu menyebarkannya semula atas nama sendiri. Ia kini popular sebagai ‘Copy&paste’. Manakala dalam istilah penulisan, ia disebut plagiat. Isu plagiat ini bukan baru tetapi dengan kemajuan teknologi, ia seperti mudah untuk dilakukan.


Daripada petikan, artikel, sajak, cerpen, novel dan bahan ilmiah, semuanya mempunyai risiko untuk diplagiat. Tahukah anda bahawa tindakan memplagiat itu sama seperti mencuri?


Bagaimana mahu menulis tanpa plagiat?

Untuk menyalin idea orang lain, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan dengan betul dan beretika.


Foto: Mobile cuisine



1.Mencari poin penting dan mengolah semula
Hal ini adalah lumrah. Sesiapa pun yang menulis akan membuat beberapa rujukan daripada artikel atau karya oleh lain. Tidak salah mengambil poin penting dan mengolahnya mengikut gaya bahasa anda. Anda layak meletak nama anda sebagai penulisnya (contoh: Ditulis oleh Liza Ali).

2.Meminjam perkataan-perkataan bombastik dan menarik
Salah satu cara untuk menggayakan kosa kata anda ialah dengan membaca tulisan orang lain. Anda boleh kutip seberapa banyak perkataan yang bombastik dan menarik untuk digunakan semula dalam artikel anda. Anda juga layak meletakkan kredit nama anda sebagai penulisnya  (contoh: Ditulis oleh Liza Ali).


3.Mengambil petikan dalam bentuk ayat penuh
Dalam artikel ilmiah misalnya, adalah menjadi lumrah mengambil petikan penuh dalam beberapa ayat atau paragraf daripada tulisan atau buku orang lain. Bagaimanapun anda perlu meletakkan nombor  (jika banyak petikan) dan nota kaki untuk mencatatkan sumber petikan yang anda pinjam itu. Sumber tersebut bermaksud nama pengarang, tajuk buku dan tahun diterbitkan.


4.Mengambil sepenuhnya tulisan orang lain (C&)
Makin ramai yang berani melakukan hal ini secara terbuka. Jika tidak mahu dituduh memplagiat, sila letakkan kredit nama penulis asal iaitu: Petikan daripada Si Polan bin Si Polan (contoh). Dengan membiarkan artikel itu tanpa kredit penulis asal, menjadikan seolah-olah anda penulisnya. Awas, anda boleh disaman.


5.Menterjemah atau menyusun semula tulisan
Menulis artikel terjemahan dan susunan semula dengan mencantikkan bahasanya atau meringkaskan sedikit tulisannya, tetap tidak melayakkan anda mengakui bahawa anda adalah penulis asal. Masih ramai yang salah faham dalam hal ini termasuklah di kalangan penulis baru. Sila letakkan kredit nama anda seperti ini: Disusun oleh Liza Ali (contoh).


Foto: Prepostseo




Dengan beberapa contoh yang diberi di atas, saya harap dapat membantu anda untuk lebih bertanggung jawab terhadap artikel yang anda tulis atau gunakan.


Bagi kes nombor 3&4, diharamkan anda menyertai mana-mana pertandingan kerana artikel tersebut bukan artikel atau karya anda. Anda adalah pembohon besar jika anda menghantar artikel atau karya orang lain dengan mendakwa ia tulisan anda.


Jika anda menang, karya anda akan dipertikaikan dan kemenangan anda akan ditarik balik. Di mana anda mahu letakkan muka anda? Itu pun jika anda masih ada maruah (maaf cakap).


Saya akan kupas tentang Akta Hak Cipta 1987 dan bagaimana mahu memohon maaf dalam artikel akan datang.


Fikirlah dahulu sedalam-dalamnya sebelum anda mula menulis kerana tanggungjawabnya berat. Semoga anda mampu menjadi insan yang bermanfaat. Salam hormat.


Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas perkongsian madam
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 08:19 AM | Show all posts
nice info            
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak pernah sentap bila ada kawan ni dia c&p post akak sebiji2 selepas seminit dia like post akak tu.. Dia ni mmg suka c&p and claimed it’s hers. Buat malu je cikgu mcm tu.. Kalau anak murid meniru karangan kawan dia, kau pandai lak nak marah budak tu!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 02:55 PM | Show all posts
Betul ramai je buat cam ni sebab gigih nak dapat banyak like
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 03:31 PM | Show all posts
zaman sekarang kat malaysia semua orang nak survive...depa sanggup buat apa sajer...haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063073 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list