View: 1794|Reply: 4
|
Skandal Atur Perlawanan, Nasib 2 Pemain Badminton Negara Bagaimana?
[Copy link]
|
|
Sesi pendengaran bagi dua pemain badminton profesional yang disyaki terbabit dengan mengatur perlawanan berlangsung pada 26 Februari dan 27 Februari.
Kelibat Zulfadli Zulkifli dan Tan Chun Seang kelihatan di Hotel Jen Tanglin, Singapura, lokasi sesi pendengaran diadakan.
Bagaimana BWF masih tidak mengumumkan secara rasmi bahawa mereka adalah yang dituduh.
Namun pada 27 Februari, 2 pemain yang dituduh akan diberi peluang membela diri di hadapan tiga panel bebas yang dilantik Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Dan ia detik penting buat kedua-dua pemain yang terbabit dengan masa depan kerjaya mereka kini menjadi pertaruhan.
Foto: Sinar Harian
Kedua-dua pemain itu masing-masing melantik dua peguam bagi mewakili mereka.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman gantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan badminton.
Kedua-dua pemain terbabit berdepan enam pertuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan berbeza antara tahun 2013 hingga 2016. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tbaik la...malaysia boleh..kahkah |
|
|
|
|
|
|
|
buang kerakyatan je la. memalukan negara. zulfadli tu juara dunia remaja..siap kalahkan viktor axelsen lagi.. tapi sebab sikap tamak, axelsen tu kau tengok sampai tahap mana dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah mungkin contoh terbaik petarung berketuanan melayu ... tak pernah pantang lelah ... selalu ingin menjadi nomor satu .. terbaik ... menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuan itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau btul zulfadli trlibat alahai ruginya.. tgk heolss mmg brpotensi tp ntah la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|