CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2911|Reply: 9

Macam Kekasih, Kucing Pun Pandai Merajuk! Pujuk Si Gebu Dengan Cara Ini

[Copy link]
Post time 28-2-2018 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasullullah yang sangat comel dan unik. Haiwan ini akan merajuk sekiranya anda meninggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama atau terlupa nak beri makan. Mereka juga mempunyai perasaan dan ada ketikanya mereka marah. Jangan risau kerana kami akan kongsikan tips untuk memujuk si comel anda dengan mudah.


1. Cari dan beri makanan kegemarannya


Sumber: pawsunion.com


Cara ini adalah cara yang selalu kita boleh guna kerana ianya mudah. Sebut sahaja bab makan, makhluk mana yang tidak suka? Kita manusia pun kalah dengan makanan, apatah lagi kucing. Jika kucing kita masih merajuk, kita boleh variasikan menu seperti memberi kucing kita makanan basah seperti ikan atau kering seperti biskut.


2. Cari tahu punca kucing merajuk


Sumber: petlogue.com


Ada di antara kita mungkin terlupa memberi makan atau meninggalkannya dalam satu tempoh yang lama. Ada juga kes apabila kita terpijak ekornya menyebabkan kucing kita merajuk dan memberontak. Ketahuilah puncanya dan beri perhatian kepadanya. Pujuknya sambil bawa ke tempat kegemarannya di dalam rumah.


3. Pastikan masa sesuai untuk pujuk


Sumber: akukeini2.blogspot.my


Sama seperti manusia, adakalanya kita perlukan masa untuk menyendiri. Jangan paksa atau mengejar mereka kerana masa yang akan melenturkan 'ego' haiwan kesayangan kita ini. Apabila mereka tenang, barulah dekati mereka dan pujuk.


4. Jangan gopoh ketika memujuk


Sumber: Youtube Channel- Jangan Ketawa


Kucing adalah haiwan lembut dan manja jika anda pandai mengambil hatinya. Segala paksaan akan membuat hati kucing anda memberontak dan sukar dipujuk. Tenang dan chill adalah kata kunci kepada situasi ini untuk mengembalikan kepercayaannya kepada anda.


5. Kepala dan leher kawasan belai yang paling padu!


Hati-hati nak belai, takut dia gigit tangan anda!
Sumber: barkerybath.com


Ambil haiwan kesayangan anda ini dan belailah mereka di sekitar kepala dan lehernya ketika anda menonton TV atau pada waktu lapang. Pastikan kucing anda 'feel' setiap belaian anda kerana anda haruslah belai mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 11:17 AM | Show all posts
kucing akak dengan bunyi bekas wiskes dah xmerajuk. poyo je nak merajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel je merajuk. Tapi x kuasa la nk pujuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:10 PM | Show all posts
kucing aku kalau merajuk langsung tak balik rumah dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:45 PM | Show all posts
Kucing I merajuk lari duduk bawak sofa, lepas tu panggil la dia byk kali pun dia tetap buat muka seposen dia. So the best way nak pujuk, tunggu jelah dia dtg kat kita baru la belai2
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing i merajul kena tinggal, i panggil buat tak layan siap gi mintak makanan rumah jiran lagi..dkt rumah bukan main makan memilih, dkt rumah org semua benda telan..geram btul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2018 02:15 PM | Show all posts
Edited by Artemesiaa at 28-2-2018 02:16 PM

Umpan dengan bikut cakap sesikit ok ler nanti tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel tau kalau kucing mrajuk... gaya ngengada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 03:39 PM | Show all posts
Gelak sendiri ja la bila si bulus merajuk...panggil2 dia bolayan kita
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 09:52 PM | Show all posts
kucing aku pun selalu merajuk, panggil tanak layan, tak pandang pun.
tapi bila sebut nama, ekor je gerak jawab, bahahaha

ngada2 lah sangat. goncang kotak makanan terus ada depan mata buat muka comel
gomol seminit dua sampai dia rimas, baru aku bagi makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.237488 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list