|
Ya, anda tak salah baca.
Di kala orang ramai mengeluh dengan kenaikan harga barang hingga menyebabkan ramai ‘ikat perut’ dari makan di luar, nun di serambi Mekah, ada sebuah gerai yang menawarkan semua menunya dengan harga RM1.
Semua Makanan RM1? Makan ala hipster pula tu, rasa bertuahnya!
Wow!
Apa ja boleh dapat dengan RM1?
Ini pilihan makanan yang ada iaitu Mee Sup, Keropok Goreng, Jagung Manis, ABC, Ice Blended, Locking dan Air buah.
Malahan, tempat duduk yang disediakan juga rare dengan pondok-pondok buluh sebagai tempat makan.
Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan makanan yang ditawarkan. Mungkin bersaiz agak kecil tapi ia berbaloi sebenarnya, terutama bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam berhampiran yang selalu makan di sana.
Jadi, boleh untung ke mereka meniaga dengan kadar subsidi tak masuk akal ni? Menurut peniaga gerai makan ini, dia masih boleh mendapat keuntungan walaupun tak sebesar mana kerana memahami ramai keluarga yang sesekali mahu makan di luar, tetapi terbantut kerana soal harga, jadi dia mahu membantu memberi makan dengan kadar yang murah.
Moga rezekinya juga terus murah ya.
Bagi anda yang berkunjung ke Kelantan, bolehlah ke D'bamboo Tapang Kedai Satu Ringgit, Kg Tapang, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu.
Waktu Operasi: Setiap hari 11 pagi - 7 petang, tujuh hari seminggu. - CARI |
|