View: 1881|Reply: 8
|
Semua Produk Dutch Lady Sah Selamat Digunakan
[Copy link]
|
|
Semua produk Dutch Lady adalah selamat untuk digunakan.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysa (KKM) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Produk tersebut selamat serta memenuhi piawaian keselamatan makanan Malaysia dan antarabangsa.
Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata,
“Keputusan makmal KKM adalah 100 peratus selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura.
“Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran.”
Foto: Google
Tambah Gupta lagi, sudah 55 tahun Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia dan sejak itu kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Sebelum ini heboh di media sosial yang salah satu produk Dutch Lady telah menyebabkan alahan pada bayi yang meminumnya.
Susulan daripada itu, Dutch Lady telah mengambil sampel susu tersebut dan melakukan ujian persendirian, selain dihantar ke makmal KKM untuk pengesahan kualiti produk. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 senior iolls intern kat dutch lady, masyuk woo dapat 1k |
|
|
|
|
|
|
|
Dah beralih arah pasal isu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah pi interview kat ducth lady ni open day diorang kat pj siap dpt goodies beg lg. Dlm tu ada mug kaca bertudung, yogurt, n dutch lady sekotak. Sayangnya mug tu iols terpecahkan tak sempat nak guna pun. Sedih juga ios x berjaya jd staff. Kalau berjaya heaven ooo. Pantry penuh susu kotak dengan yogurt . Masa briefing interview pun ada breakfast. Opisnya frieslandcampiana kat quill pj |
|
|
|
|
|
|
|
jadinya..yg kecoh budak2 tu sakit minum susu ni cmne plak citernye? |
|
|
|
|
|
|
|
minum susu tetek gantung lagi bagus, khasiat asli. dah kenapa mak2 sekrang kedekut kopek nak bagi anak |
|
|
|
|
|
|
|
bkn semua mak mak ada susu byk nk bg kt anak. dah tak de rezeki nk buat mcm mne. ingat semua mak mak nk sgt ke bg susu tepung kt anak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 bukan sebab susu tercemar/tiruan. mungkin allergic. Anak aku xleh minum Friso nanti kejap2 buang air besar & naik merah2, minum s26 sembelit teruk. Haritu ada jugak baca doktor suruh check semula kaedah penyimpanan, ikut ke tidak arahan penyimpanan dekat label |
|
|
|
|
|
|
| |
|