Biasa dengar udang masak butter je kan? Sesekali buat inovasi tukar selera kita buat menu ayam butter pulak. Jom cuba resepi Ciknie mana tau sedap!
AYAM BUTTER TELUR MASIN
Bahan-bahan
5 ketul ayam – potong kecil
5 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
Setengah senduk butter
4 ulas bawang putih- cincang
2 tangkai daun kari
6 @ 7 biji cili padi – hiris
Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh saja bubuh air.
Cara-cara membuatnya
- Perap ayam kejap dgn tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan.
- Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
- Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata.
- Bila dah start berbuih tu masukkan sikit air, perasa, sedikit gula. Dah boleh masukkan ayam dan gaul rata. Siap!
Senang kan? Selamat mencuba.. - CARI
|