View: 2151|Reply: 9
|
Keluarga Dilanggar, Dibakar Ketika Sembahyang Tahun Baharu Cina
[Copy link]
|
|
Malam tahun baru cina bertukar tragedi selepas sebuah keluarga dilanggar dan dibakar di hadapan rumah mereka di Taman Perdana, Bukit Siput, Segamat.
Foto: Utusan Online
Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam ketika sepasang suami isteri dan dua anak melakukan upacara sembahyang di hadapan rumah mereka.
Dalam kejadian, seorang lelaki menaiki sebuah kereta tiba-tiba datang dan merempuh si suami berusia 52 tahun itu hingga melambung sebelum pengsan. Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami patah tangan, bahu dan tiga tulang rusuk.
Selepas merempuh mangsa, suspek menyimbah petrol ke arah isteri dan dua anaknya ketika mereka cuba menyelamatkan mangsa.
Foto: Internet
Anak lelaki pasangan berkenaan melecur seluruh badan manakala isteri dan anak perempuannya berjaya dibantu jiran dan sempat menyelamatkan diri.
Anak lelaki mangsa kini kritikal dan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
“Anak saya sekarang ada susah. Langsung tak boleh bangun. Lagi dia sekarang tak tahu terbakar sampai tahap mana kita pun tahu,” katanya.
Sementara itu, suaminya dimasukkan ke wad di Hospital Segamat untuk rawatan dan dipercayai, perbuatan khianat itu dilakukan abang kandungnya sendiri kerana dendam dan iri hati. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
hardcorenya adik beradik ni..
sampai bakar bakar..
hantar santau je la lagi senang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CiliPadiSedap at 2-3-2018 11:55 AM
nak tahu kenapa cina tak main sihir selalu berbanding bunuh? sebab sebahagian mereka masing2 ada tangkal dan belaan. setakat santau mereka akan sembuh dan balas balik antara mereka.
sbb tu orang islam tak di ajar berdendam. orang santau kita sabar rawat. bila dah melampaui batas ada cara sunat taubat, hajat, dan amalan.
yaumal qiyamah hari pembalasan yang nyata. hari tu segala kejahatan akan di balas segala kebaikan di beri ganjaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah libatkan anak2. ....kejamnya. ...manusia gila memang kalau dendam akan serang satu family termasuk anak2 yang tak bersalah.....tak kira bangsa apa. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah yang didendamkan sangat sampai jadi macam tu pasal harta ke pasal business ke hanya kerana salah faham. Zaman sekarang ni adik beradik kalau bermusuhan dan berdendam lagi teruk dan kejam perangainya dari orang luar |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti abang dia tu dah lama dendam tu. Tapi kesian la kat budak2 kecik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam tengok cerita cina kat tv petang-petang. Sebab dendam family sanggup berbunuh-bunuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Raya melayu ada minta maaf2 salam2 sesama keluarga kawan2 makan2 |
|
|
|
|
|
|
|
korang bergasak la dendam adik beradik yg libatkan anak2 turut jadi mangsa apehal? |
|
|
|
|
|
|
|
Chinook hati suci murni pung berdendam bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|