Terpaksa tanggung malu gara-gara bebola kaca selebar 7.62 sentimeter tersekat di dalam duburnya.
Kejadian yang berlaku di Dongguan, Wilayah Guangdong, Beijing itu menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Xiao Ming, 31, pergi ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.
Foto: Guangdong Public Channels
Guangdong Public Channels melaporkan, objek tersebut tersekat di rektumnya selama tujuh jam.
Walau bagaimanapun usaha doktor untuk mengeluarkannya berjaya selepas sejam bertungkus lumus.
Xiao Ming bernasib baik ia dapat dikeluarkan, jika tidak dia mungkin berdepan risiko usus berlubang.
Foto: Guangdong Public Channels
Sumber menambah, lelaki tersebut memang mempunyai ketagihan memasukkan objek ke dalam dubur, namun kali ini bernasib malang kerana tidak berjaya mengeluarkannya kerana objek terlalu besar. -CARI |