CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 5

Pizza Pula Ada Berwarna Hitam.. Apa Rasanya?

[Copy link]
Post time 6-3-2018 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Biasanya pizza yang kita makan tidak kira yang dibeli atapun yang buat sendiri, kebanyakannya berwarna coklat atau keperangan.

Jarang sekali pizza itu berwarna hitam. Rasa agak seram juga bila mendengar pizza ada yang berwarna hitam ini.


Sudah pasti berbagai persolan muncul dalam kotak fikiran kita kan? Yela, macam mana rupanya, bagaimana pula dengan rasanya. Dan macam-macam lagi.

Pizza Versi Hitam (Foto: Travel Kompas)




Terbaru, Pizza Hut Indonesia memperkenalkan produk terbarunya iaitu Black Pizza dengan dua pilihan iaitu Black Pan Pizza dan Black Pan Stuffed Crust.

Memetik dari TravelKompas.com, pizza yang berwarna hitam ini mempunyai rasa original (Black Pan Pizza), dan juga keju mozarella (Black Pan Stuffed Crust).

Foto: steemit.com




Pewarna hitam yang selamat dan HALAL


Ramai yang pelik dengan warna hitam pizza itu dan bertanya bagaimana sebiji pizza boleh berwarna hitam. Menurut General Manager Pizza Hut Indonesia iaitu Jeo, pizza yang berwarna hitam ini menggunakan pewarna alam semulajadi yang halal untuk dimakan seperti arang kelapa, kayu dan pewarna semulajadi yang lainnya.

Doh Pizza (Foto: Merdeka.com)




Uniknya Black Pizza

Untuk Black Pizza, pizza ini dipenuhi dengan taburan Meat Monsta. Topping ini terdiri daripada daging lembu panggang, daging sosej, daging kisar dan juga cendawan. Yang menarik lagi, adunan pizzanya disalut dengan taburan keju Mozarella di bahagian atasnya. Mesti sedap ni kan?

Foto: Travel Kompas




Keunikan lain Pizza ini ialah ia memilik warna yang hitam yang unik dan juga memiliki rasa dan tekstur yang istimewa.

Tapi sayang, Black Pizza ini hanya boleh dinikmati di outlet Pizza Hut Indonesia sahaja. Tidak di Malaysia. Jika anda berpeluang untuk travel ke sana, jangan lupa untuk mencuba pizza versi baru ini ya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 01:05 PM | Show all posts
Nampak cm hangit ja....................
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 02:08 PM | Show all posts

wow mcm best je. charcoal pizza. sblm ni pernah try charcoal burger. i loikeeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 02:56 PM | Show all posts
Harap di Malaysia pun diperkenaklan menu serupa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 04:01 PM | Show all posts
Rasa nak beli pizza je dibuatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hangit pun x perasan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.084088 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list