CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10737|Reply: 27

PELANGI PETANG

[Copy link]
Post time 6-3-2018 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by adila39 at 17-10-2019 12:59 PM

Okayyy i nak sambung balik... mood dah mai la ni...tp i nak tukar title la.

calling for ladies yg suka baca novel... maybe

@Catpaw
@Foxey
@Buritan


hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2018 01:46 PM | Show all posts
Edited by adila39 at 17-10-2019 12:55 PM

Okay dah dapat idea!

Bismillah semoga citer ni best!

Tiada kaitan dengan yang hidup maupun mati or yg hidup semula selepas mati.






***********************************PROLOG*******************************************************

Aku terpandang sepasang mata yang pada aku sangat lembut untuk terus aku lihat. Tapi perasaan malu pastinya sangat menebal dan sukar untuk aku hanya membiarkan sudut lain dari diri ni untuk terus melihat wajah tampan lelaki itu

Ah! dari jauh , aku tak pasti sangat macam mana raut wajahnya. Yang aku nampak kusut masai janggutnya yang nipis tu dah mula menebal. Agaknya dah beberapa hari tak bercukur. Mata yang sepertinya layu dan mengantuk. Tapi, senyumnya manis sangat sampai aku terpinar pinar nak hadap. Siapa dia ya? hari hari aku nampak dia kat cafe ni tapi kerap jugak aku cuba nak menjeling tapi takut. Uishhh jangan nak menggatal Talia!

Alah siapalah aku nak menegur dia. Tak cantik , pendek dan gemuk pulak tu ..aku yang hari hari  datang lepak cafe ni entah dia perasan ke tidak, tak kan aku nak tegur dia pulak kan...nampak sangat aku ni menggatal. Getus Talia.

Hmmm so sweet and charming walau selekeh.  Tania mengeluh. Dia kembali fokus dengan kerjanya. Tania cuba untuk melupakan dua pasang mata yang pada Talia sangat cantik. Pelikla bila wanita kata mata lelaki cantik, klishe sangat tau!


Talia mendengus, ah! dah la merepek je aku ni.  Kembali fokus pada keyboard dan laptopnya. Talia cuba nak siapkan paper work yang melambak .

Suasana kembali tenang.

Aroma kopi memenuhi ruang legar cafe, cafe ni agak unik sebab terletak jauh dari bandar. Perabot pun banyak yang simple sahaja. Tapi adakala simple is always the best kan, orang katalah.

Tiba tiba

Pranggggggggg!  Talia menoleh. Laaaa ishhh lelaki tu jatuh.


"Encik, encik....teragak agak Talia cuba menyentuh bahu lelaki mata cantik tu....laaa tertido ke dia ni"....terpinga pinga lelaki tu terbangun habis meja kaca tu terjatuh!


" Oh goodness, ya Allah apalah saya ni, maaf sangat" dia menggosak kepalanya yang terhantuk di lantai.

Talia diam dan pelik.

" Eh terima kasih dik "

haaaa adikkk ?????? Talia menjerit dalam hati ( sampai hati panggil adik)

Kelam kabut lelaki mata cantik tu memungut semua buku yang terjatuh. Beliau teragak agak nak melihat Talia yang sepertinya tak tahu langsung apa nak buat.. hanya tercegat disitu.

"Arghh... there u go" getus lelaki mata cantik. Berdiri menghampiri Talia.

"Thank you dik, for helping. " saya pergi dulu ya, maaf tau". Beliau senyum dan meninggalkan Talia.

Talia hanya kaku, diam. Entah kenapa si gadis ni seperti kalut.

Hanya melihat lelaki mata cantik itu beredar pergi.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2018 09:55 AM | Show all posts
Edited by adila39 at 12-6-2018 02:19 AM

Hari ni hari ketiga menyambut puasa.  Tak ada apa apa yang exciting untuk Talia lakukan hari ni. Otak dan badannya tak jive in well. Orang kata atau bahasa kasarnya mood malas sedang menguasai diri Talia.

Talia baring sambil mata ligat melihat ke kipas syiling yang laju berputar. Sekali sekala anak matanya ligat mengikuti rentak pusingan kipas tu. Ah! pening kepala aku lah! getus Talia. Kenapalah aku tak tanya nama lelaki tu semalam. Dan pelik betul, aku dah tolong pungutkan kertas kertas tu takde pulak dia nak cakap terima kasih ke. Huh! muka je handsome tapi takde adab! Talia menyenangkan hatinya.


Apa ya yang harus dia buat hari ni?? nak keluar malas nak balik rumah mama pun malas. Talia mengeliat. Tertido hingga tengahari.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung pls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2018 03:26 PM | Show all posts
Edited by adila39 at 6-7-2018 07:28 AM

Tahun ni raya sama seperti tahun tahun sebelumya. Takde apa yang berbeza. Talia masih lagi beraya dengan ayah dan mak. Masih lagi memakai jenis baju yang sama. Tiada apa yang berubah masih lagi dengan tudung bawal.

Bezanya tahun ni Talia lebih mahir memilih warna baju dan tudung , itu je lah yang baru buat Talia.

" Mak!!! nak raya mana ni mak? orang tak ikut boleh tak?" Talia kalau bab menyinggah rumah sanak saudara ni  memangla dia paling benci tapi disebabkan mak dan ayahnya paksa terpaksalah dia akur

" Rumah Mak Su la, ikut je la apa yang susah sangat, Tia duk umah pun bukan kemana pun, ikut mak jumpa saudara mara tu, bergaul sikitla sayang oi. Umur tu bukan muda sangat pun, kalau terperap je macam manala hang nak bertemu jodoh Tia oi!" Mak Talia dah mula membebel. Bukan apa dia sendiri pelik dengan anak perempuannya yang sorang ni. Nak kata tak lawa , boleh tahan lawa tapi tak taulah kenapa masih membujang. Umur dah pun 33 tahun.

Talia ketawa. "Okayyyyy orang ikut mak la ni!"


Rumah Mak su tak lah jauh sangat pun, hanya setengah jam kalau tak jam. Yang terasa jauh kalau jalan jam je. Walau rumah mak su sama bandar je pun. Mereke sekeluarga jarang bertemu. ye la mungkin jugak dah jadi kebiasaan orang sekarang hanya bertemu setahun sekali.

Akhirnya tiga beranak sampai ke rumah mak su.

Ayah Talia , uncle Samad. Mengucapkan salam.  " Assalamualaikum"

Macam dah tau tau je maksu ayah mak nak datang, bisik Talia. Tak sampai seminit wajah mak su dah muncul kat depan pintu.

" Kak Nab! Abg Samad. Waalaikumsalam....masukla..gate tak kunci pun tu"
"Eh! anak dara ni pun adaaaa" masuk Talia" mak su dengan ramah menjemput aku ayah dan mak dengan mak masuk.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2018 03:35 PM | Show all posts
Aku macam biasa, sedaya upaya cuba berkelakuan sesopan yang boleh. Duduk pun dengan sopan. Kalau kat rumah jangan harap terkangkang sana sini. Nak nak kalau depan tv. Kaki sebelah mesti kat atas arm sofa tu.


" Selamat Hari Raya Kak, abang" seisi bersalaman pun bermulalah. Semua yang ada dirumah maksu dengan ramah menyambut aku, ayah dan mak. Aku pun happy je la jumpa sanak saudara.

Dah setengah jam aku kat rumah mak su yang aku nampak hanya mak su dan paksu, kak Ita dan makcik makcik aku yang penat aku nak sebut nama.

Takdelah mana mana lelaki yang aku dari tadi agak mak nak kenenkan..."ishh tak baik aku ni buruk sangka dengan mak lagi tadi, konon paksa aku ikut sebab nak mix match aku" huh! bukan aku  tak kenal mak dan mak su ni.


Aku mengunyah kacang. Sambil dengar je la perbualan mak dan maksu. Ayah dan uncle Yub dah mana hilang dah. Kat depan agaknya borak politikla tu gamaknya. Macam biasalah yang perempuan ni melepak kat ruang tamu.

Tiba tiba muncul lelaki yang aku rasa macam pernah nampak.

Eh! dia ni la!!!!!



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2018 01:39 PM | Show all posts
"Ah!!! sudah! macam mana pulak dia ni ada kat rumah mak su?!" Talia agak kekok. Dia tak pasti lelaki yang dia nampak di kedai kopi tempohari adalah lelaki yang sama atau bukan. Yang didepan mata ni nampak kemas nampak tenang. Tak macam hari tu. Bisik hatinya.


"Oi Talia!!! mak su menepuk bahu Talia. Berangan pulak anak dara ni" sergah mak su. niii mak su kenalkan Danim,  dia ni anak sepupu mak su. Baru balik dari Egypt ni tau. " eh berlagak pulak mak su ni getus Talia.

" Oh ya ke mak su, acuh tak acuh. Tapi mak su Talia macam pernah nampak dia ni  kat kedai kopi tempohariah tu yang Talia cuba nak ingat ni "

"oh ye ke, haa baguslah. Danim pun kat sini tak lama, dia datang ziarah kami ni pun ikut maknya" haa...Danim meh mak su kenalkan ni anak buah mak su Talia. Ha dia pun kata pernah nampak kau." berbual la eh.  Dah mak su nak sambung borak kat depan tu"  

Mak su berlalu meninggalkan Talia dan Danim.

Danim sepertinya tidak mempunyai apa apa reaksi, dia tak ingat agaknya. Bisik Talia.

Kedua duanya senyap. Talia juaga senyap.

"Terima Kasih Taliia", Danim memecahkan suasana yang kekok dan sunyi.

"Eh takde apa lah, ingatkan awak tak ingat. Talia mula bersuara" Talia senyum.  

" Err Talia tanya boleh, kenapa Danim terjatuh hari tu?" tertido ke?"

Danim senyum tawar. "aah saya tertido, ye la jet lag dan entahla maybe saya pun mamai masa tu makan ubat batuk mengantuk gila" but maaf tau saya pergi je masa tu tanpa cakap terima kasih. Bukan apa , malula jatuh depan perempuan" hahahah Danim ketawa kecil.

Talia senyum. " okay, normal rupanya mamat ni, tu yang aku pelik hari tu main tinggal je . "

"its ok no worries" Talia menjawab.

Suasana kembali senyap. " Eh okayla Talia kedepan dulu, ada masa insyaallah kita borak lagi and enjoy your day di Malaysia"


Talia meninggalkan Danim. Dan Danim hanya senyum dan memerhatikan sahaja Talia meninggalkannya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2018 02:18 PM | Show all posts
Edited by adila39 at 20-12-2019 04:55 AM

Sebulan selepas pertemuan Talia dan Danim



Talia sibuk menyusun kertas kertas di meja. Dia ada pertemuan penting petang ni. Client nak jumpa dan kalau nasibnya baik dapatlah dia job tu. Talia menarik nafas "aaaaarggghhh sempat ke aku sampai ke sana before 2ptg ni weii"  getus hati. Dia melihat jam tangan. alamakkk dah 1.15pm. Dicapai bag dan file Talia laju meninggalkan biliknya.


Alhamdullillah, sempat Talia sampai ke Intermark. Hmm belum start lagi,  Talia menunggu di lobi. Handphonenya berbunyi "trit" whatsap masuk.

Talia mengerutkan dahinya, nombor yang tak dikenali


" As salam and hi to you Talia, h r you? "


" Wassalam and hi back, im fine . thank you. And who are you?"


"Its me Danim, sorry it take me a long time to be in touch with you again"  still remember me?"

"Oh anak buah mak su Danim! its okay...no obligation pun for you to do so.Of coz i remember you!"

Okay....sedang ligat Talia menjawab whatsap nama Talia di panggil

" Cik Talia, you can go in now " ramai dan lembut je receptionist tu menyusun kata. Talia senyum dan mengucapkan terima kasih" Tak sempat dia menjawab text Danim.



Di bilik meeting




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
adehh bila idea nak mai ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Best juga karangan kaka ni, ingatkan tadi suruh sambung tulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 17-10-2019 01:04 PM
Best juga karangan kaka ni, ingatkan tadi suruh sambung tulis

tu la td ada idea anak pulak kacauuu... malam sikit... bacalah tau
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 13-4-2018 01:46 PM
Okay dah dapat idea!

Bismillah semoga citer ni best!

Novel yg i suke baca dulu tajuk dia donia.. best..tp yg tak bestnyaa adakah seorg lelaki bodo sggup kuarkan duit smpai sejuta utk buat majlis kawin grand.. itu persoalan yg i arguelaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 17-10-2019 04:49 PM
Novel yg i suke baca dulu tajuk dia donia.. best..tp yg tak bestnyaa adakah seorg lelaki bodo sggu ...

teruknya citer tu... ada ke... anyway citer kita ni saja feeling feeling..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 18-10-2019 07:55 AM
teruknya citer tu... ada ke... anyway citer kita ni saja feeling feeling..

Aku baca pun.. ade ye lelaki yg too kemaruk sorg pompuan.  Untung pompuan tuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 17-10-2019 11:58 PM
Aku baca pun.. ade ye lelaki yg too kemaruk sorg pompuan.  Untung pompuan tuu

maybe pompuan tu lawa sangat la kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 18-10-2019 08:14 AM
maybe pompuan tu lawa sangat la kot

Ontah.. tp cerita tuu berkisar org kaye mulayu dr kelantanlaaaa.. lelaki tuu mula mula minum arak laa very sosial..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade satu lg buku aku baca lak asyik ulang skrip yg same bila jumpe awek tuu.. jgn dikuis bunge sena tuu.. bunge sena tuu jatuh atas pala awek tu.. cinta terhalang sbb zek anak org kayooo.. awek ni org semekin.. hahaha..lps tuu aku berjinak baca novel mills and borne ke boon dah lupe.. terbuntang mata sku baca masa time ngeseks.. hahaha.. aku baca buku omputih ni utk polish english aku yg hauk.. byk new words aku jumpak.. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-10-2019 12:57 AM
Ade satu lg buku aku baca lak asyik ulang skrip yg same bila jumpe awek tuu.. jgn dikuis bunge sena  ...

hehehehe.. ada kakak ni comel la. anyway novel english mmg expressivelah.. klu babak sex mmg dia akan tulis in details. Bagusla baca buku English..

ehhh nak sambung tulislaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 18-10-2019 09:24 AM
hehehehe.. ada kakak ni comel la. anyway novel english mmg expressivelah.. klu babak sex mmg dia a ...

Sambung sambung.. silakann..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2019 03:43 PM | Show all posts
Edited by adila39 at 29-10-2019 07:55 AM

BILIK MEETING


Talia, masuk . Dia senyum . Kelihatan pegawai taklimat, setiausaha jabatan Pembangunan Masyarakat dan beberapa lagi pegawai yang Talia tidak kenal.

Seperti biasa, belia mewakili pihak majikannya dan Talia dah biasa sangat masuk meeting pada Talia meeting adalah seperti makan mee. hahahah memang tak relevant tapi pada Talia semua tak mustahil.

Perbentangan bermula. Sepuluh minit kemudian Dato Ali masuk.

Setiausaha , " Eh Dato, you kata you busy  tadi?"

Dato Ali , " Oh takpe i ada masa sikit so i nak join meeting ni, likewise Dato Ali orang yang spontan je kalau tak kenal orang pun tak tahu yang beliau Dato.

Talia dari satu sudut hanya diam , ligat tangannya menulis semua point penting.  Membuka pusat rehabilitasi dan kanak kanak istimewa bukanlah mudah seperti yang dijangka, semua orang mungkin boleh je menyediakan sekolah seperti ni, tapi amanah dan tujuan sebenar kenalah tepat. Sekarang ni banyak sungguh ibu bapa muda yang menghadapi situasi sebegini, anak delay speech anak autism tapi tak tahu kemana nak dibawa.


Dato Ali , you dari agensi Melati ?  matanya tepat memandang Talia

Talia, tergamam. Ye Dato, maaf boss tak dapat hadir dan saya mewakili beliau. And saya juga yang akan mengetuai projek ni. Senyum dan lembut je Talia menjawab.


Dato Ali mengangguk dan senyum.


Selang sejam kemudian meeting berjalan lancar dan kesemua info yang diperlukan telah diperolehi.
Talia mengemas file dan berjalan ke luar bilik, diperkarangan luar tu adalah disediakan makanan ringan kopi teh dan kuih muih . Jam pun belum lagi masuk waktu lunch . Talia bangkit dan berjalan kearah meja kosong, meletakkan bag dan file beliau kembali mengambil air dan dua ketul karipap. Kembali ke meja bulat.

Aha" inti daging sedap jugak bisik hati Talia.

Sedang Talia menghirup kopi dan mengunyah inti karipap, seorang lelaki datang mendekati.

" Assalamualaikum, " Talia kenyang dah ke makan karipap ni je?"

" Waalaikumussalam, eh Dato. Yer karipap je..jemput . Terkial kial Talia nak menjawab bila mulutnya penuh. Menakup mulut dengan tangan. Maaf Dato terkejut saya"

Dato Ali " its ok, sorry buat you terkejut. Anyway how is the briefing today? you faham semua?"

Talia " oh semua ok Dato, tq for asking and saya rasa saya faham dah semuanya, even so if ada apa apa yang saya perlukan i think i know who should i contact" Talia senyum.

Dato Ali turut senyum , ah Dato Ali mati kutu apa lagi hendak ditanya, nampak kekok pun ya jika dia terlalu ramah. Entah kenapa Dato Ali tertarik untuk berbual dengan gadis didepan matanya, wajah Talia mengingatkan dia kepada seseorang.

" Okay Talia, enjoy your day and thank you for coming, somehow u just reminds me of someone. Hope to meet you again, insyaallah " Dato Ali senyum...dia berlalu tapi sempat dia berseloroh. I hope i will meet you again but hopefully dgn izin Allah not here"

Dato Ali berlalu.


Talia, tergamam sekejap, sepatah pun dia tak menjawab. Terkesima Talia. Nak jawab apa pun dia tak tahu. Langsung dia x menyangka Dato Ali yang pada anggapannya berumur awal 50 an tu akan berkata begitu padanya.

Talia hanya angguk dan senyum. Pandangannya mengiringi Dato Ali keluar dari bilik meeting.



Dari mata mungkin boleh jatuh ke hati
Ah siapa tahu esok lusa bagaimana
Hari ini hujan esok panas
Manalah kita tahu kan.....



Sambung
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.069410 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list